• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Kongsi Kisah Unik Urus Jenazah 6 Warga Rohingya Maut Lintas Lebuh Raya PLUS

Lelaki Kongsi Kisah Unik Urus Jenazah 6 Warga Rohingya Maut Lintas Lebuh Raya PLUS

May 11, 2022 By Farah Leave a Comment

314
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ENAM jenazah pelarian Rohingya yang maut dalam kemalangan ketika melintas Lebuhraya PLUS di Pulau Pinang, hampir sebulan lalu selamat dikebumikan, kelmarin.

Mangsa yang terkorban ialah dua lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak yang melarikan diri bersama 528 tahanan lain dari Depot Imigresen Sementara Relau.

Mengimbau kembali insiden 20 April lalu, mangsa dilanggar kenderaan ketika melintas di KM168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan, berhampiran kawasan Jawi, kira-kira jam 6.50 pagi.

Seorang lelaki yang menguruskan jenazah mangsa, Mohamad Nur berkongsi pengalaman unik ketika menguruskan jenazah pelarian tersebut.

Mohamad berkata, darah daripada luka pada tubuh jenazah kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan lebuh raya itu seperti darah daripada tubuh manusia yang masih bernafas walaupun sudah sebulan meninggal dunia.

Kami menjadi saksi bagaimana luka dan darah yang mengalir daripada tubuh jenazah kanak-kanak yang terlibat dalam kecelakaan lebuh raya ini seolah-olah darah dari tubuh seorang manusia yang masih hidup dan bernafas.

"Wajah yang seolah-olah senyum dan seperti cuba menyampaikan perasaan tanpa mengeluarkan kata.

"Tak perlu saya bercerita berlebihan, yang pastinya sudah kita selesaikan apa jua haknya sebagai hamba Allah yang melafazkan Syahadah sama seperti kita semua. Semoga mereka tidak lagi perlu lari dari segala kekejaman dunia dan tenanglah mereka dialam seterusnya," tulisnya.

Terdahulu, Mohamad bersama pasukannya mengusahakan kutipan infak menguruskan jenazah pelarian tersebut yang belum diuruskan kerana ketiadaan waris, atau ketiadaan waris yang mampu menguruskannya.

Mohamad turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menderma, pihak hospital, polis, masjid dan pasukannya yang sama-sama membantu dalam menguruskan pengebumian semua jenazah mangsa.

BACA>>> 6 PATI, termasuk 2 Budak Maut Dilanggar ketika Seberang Lebuh Raya
BACA>>> Inilah Sebab Wanita Langgar Mati 8 Remaja Basikal Lajak Dipenjara 6 Tahun, Denda RM6k

SUMBER: FBMohamadNur

Related

314
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan PLUS, Rohingya, Rohingya Kemalangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev