• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda BR-V (2022) Kini dengan Dua Pilihan Warna Baharu!

Honda BR-V (2022) Kini dengan Dua Pilihan Warna Baharu!

May 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

369
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA MALAYSIA mengumumkan dua pilihan warna baharu untuk crossover BR-V, iaitu Ignite Red Metallic (merah) dan Meteoroid Gray Metallic (kelabu), tahun ini bagi menggantikan warna sedia ada, Passion Red Pearl (merah) dan Modern Steel Metallic (kelabu).

BR-V versi naik taraf diperkenalkan pada Jun 2020 dengan mencatat jualan lebih 5,700 unit setakat April 2022.

Honda HR-V -1
Honda HR-V

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

Honda Malaysia sudah memperkenalkan warna Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic untuk model hatchback dan siri sedan City Hatchback, City dan Civic.

“Honda Accord juga hadir dengan pilihan Meteoroid Gray Metallic. Semua warna itu menerima respons baik daripada pasaran.”

BR-V dijana enjin 1.5L SOHC i-VTEC berkuasa 118hp dan tork 145Nm dengan sistem transmisi automatik CVT berserta ciri pedal syif untuk varian V.

Tempat duduk baris ketiga pula boleh dicondongkan dan diterbalikkan (tilt and tumble) secara 50:50, termasuk dibaringkan rata untuk memaksimumkan ruang but hingga mencapai kapasiti 539 liter. Tempat duduk baris kedua pula boleh dilipat 60:40 secara satu sentuhan tuil One Touch Tilt & Tumble.

BR-V juga dilengkapi beberapa nilai tambah seperti pembesar suara, lampu but dan penapis kabin. Varian V dilengkapi unit infotainment 7 inci, manakala kemasan kerusi daripada material kulit, manakala tombol gear dengan sulaman benang merah.

BACA >>> Honda BR-V (2022) Guna Tayar Bridgestone Turanza T005A, Macam Perodua Ativa?
BACA >>> Baru Sebulan, 1,400 Unit Honda BR-V Facelift Sudah Ditempah
BACA >>> Honda BR-V (2022) Serba Baharu, Canggih Lancar di Indonesia, Ada Honda SENSING
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan SUV dan Crossover?

Related

369
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Hironobu Yoshimura, Honda BR-V, Honda BR-V 2022, Honda Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
    TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev