• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ops Selamat 18 Tamat dengan Angka Korban 166 Orang, Saman Halaju Paling Tinggi

Ops Selamat 18 Tamat dengan Angka Korban 166 Orang, Saman Halaju Paling Tinggi

May 9, 2022 By Farah Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


OP Selamat 18 sempena perayaan Aidilfitri mencatatkan 166 angka maut dalam kemalangan seluruh negara sepanjang operasi yang dijalankan sejak 29 April lalu hingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, nahas kemalangan sepanjang 10 hari itu merekodkan jumlah 15,947 kes dengan 150 kemalangan maut.

Jumlah kemalangan meningkat satu peratus atau 111 kes berbanding 15,836 yang direkodkan dalam Op Selamat 15.

"Selepas dua tahun rakyat tidak dapat pulang ke kampung disebabkan Covid-19, tahun ini orang ramai ambil kesempatan merayakan Aidilfitri dengan jumlah kenderaan dianggarkan lebih 5 juta. Saya melihat statistik Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ini adalah terkawal," katanya.

Walaupun mengalami peningkatan drastik jumlah kenderaan sepanjang Op Selamat 18, tetapi PDRM berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk atau berlaku peningkatan jumlah kemalangan. Op Selamat 18 berjaya dilakukan dengan tindakan segera kepada mana-mana pengguna yang dikesan melakukan kesalahan melalui penguatkuasaan.

Selain itu, 338,296 saman dikeluarkan sepanjang operasi dengan peningkatan 114,847 saman berbanding Op Selamat 15. Sebanyak 252,375 angka saman itu adalah daripada kes khas kesalahan lalulintas utama yang dibahagikan kepada:

  • Memandu melebihi had laju (240,421 kes)
  • Memandu lorong kecemasan (804 kes)
  • Memotong di garisan berkembar (1,202 kes)
  • Memotong barisan (3,582 kes)
  • Melanggar lampu isyarat (4,375 kes)
  • Alat telekomunikasi semasa memandu (1,991 kes).

BACA>>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pilih Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik?
BACA>>> Op Selamat 17 Mula Hari Ini Hingga 6 Februari!

SUMBER: BHOnline

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), JSPT, OP SELAMAT 18, Operasi Aidilfitri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my