• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Serius Kembalikan Ninja ZX-6R (2023)?

Kawasaki Serius Kembalikan Ninja ZX-6R (2023)?

May 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERUBAHAN peraturan utama perlumbaan FIM Supersport didakwa petanda awal detik kematian segmen motosikal supersport 600cc dunia. Malah Yamaha pun sudah menghentikan pembangunan platform YZF-R6 disebabkan kos pengeluaran tinggi dan jualan rendah sebelum rombakan garis panduan kejuaraan tersebut dibuat.

Malah, lebih banyak pengeluar motosikal dijangka meninggalkan segmen 600cc tahun ini. Tambahan lagi dengan kemunculan beberapa model kapasiti lebih tinggi seperti KTM 890 Duke R, Triumph Street Triple 765 RS, Ducati Panigale V2, dan MV Agusta F3 800.

BACA >>> Jepun Perkenal Warna Baharu Kawasaki Ninja ZX-6R (2021), Harga RM53k

Bagaimanapun, Kawasaki dikatakan tidak mengikuti langkah itu kerana sibuk mempergiatkan pengeluaran Ninja ZX-6R (2023).

Berdasarkan maklumat, Kawasaki dijangka tidak mengekalkan spesifikasi trenkuasa seperti model terdahulu, tetapi memilih mengekalkan sebahagian besar karakter signatur ZX-6R. Berikut perincian model berkenaan:

  • Trenkuasa 4-silinder 636cc DOHC penyejukan cecair. Kawasaki mungkin meningkatkan kapasiti enjin 2023 walaupun tiada data rasmi dikongsikan setakat ini.
  • Ada teori mengatakan kuasa akan dipertingkat hingga hampir 127hp dengan tork 70.6Nm seperti model ZX-6R (2022).
  • Tambahan lain, ialah ciri QuickShifter, dua pilihan mod kuasa dan klac antigelincir Assist & Slipper ( A&S) untuk melancarkan operasi dan prestasi tunggangan.
  • Mungkin dilengkapi beberapa tahap Kawalan Traksi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Mungkin hadir denagn frem aluminium, termasuk sistem suspensi fork terbalik (USD) Showa.
  • Sistem henti dijaga brek cakera kembar 310mm dengan kaliper brek 4-piston Nissin.
  • Dua pilihan warna ditawarkan:
    • Metallic Matte Twilight Blue/Metallic Diablo Black (biru-hitam) - AS$10,699 (RM46,860)
    • Metallic Matte Graphenesteel Gray / Metallic Diablo Black (kelabu-hitam) - AS$10,999 (RM48,170)
  • Jualan dijangka bermula di Amerika Syarikat (AS) sekitar pertengahan tahun ini.

BACA >>> Elak Hambar, Kejuaraan Supersport Dunia (WorldSSP) Mungkin Benarkan Jentera 900cc?
BACA >>> Suzuki Hayabusa, Yamaha YZF-R6 Pula Dijumpai Tersadai di India
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Helmet Jadi Syarat Wajib Pakai untuk Penunggang Motosikal?

SUMBER: RideApart

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: FIM Supersport, Kawasaki, Kawasaki ZX-6R (2023), roda2, Supersport 600cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my