• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Tempahan Nissan Serena S-Hybrid Facelift Dibuka

BERITA AUTO: Tempahan Nissan Serena S-Hybrid Facelift Dibuka

October 27, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

01 New Nissan Serena S_Hybrid CKD_With BackgroundEDARAN Tan Chong Motor (ETCM) membuka tempahan bagi model MPV hibrid pertamanya, Nissan Serena S-Hybrid versi dipertingkatkan (facelift) dengan penampilan lebih versatil dan sporty.

Bakal dilancarkan secara rasmi pada 4 November hadapan, Serena S-Hybrid facelift hadir dalam dua varian iaitu Highway Star dan Premium Highway Star. Harga? Varian Highway Star dijangka dijual pada harga bawah RM140,000 manakala RM150,000 bagi Premium Highway Star.

Jika sebelum ini Serena S-Hybrid diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, ia sudah melangkah satu langkah ke hadapan apabila versi dipertingkakan ini adalah model dipasang sepenuhnya (CKD) dari kilangnya di Serendah, Selangor.

New Nissan Serena S_Hybrid CKD_FrontENJIN KEKAL

Masih mengekalkan nadi sedia ada, Serena S-Hybrid dipacu dengan enjin MR20DD 2.0L 4-silinder DOHC dengan pancitan terus Twin CVTC (Continuously Variable-Valve Timing Control).

Hasil padanan kotak gear XTRONIC CVT generasi terkini bersama ciri Adaptive Shift Control (ASC), ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 145hp@5,600rpm dan tork pada takat 210Nm@4,400rpm.

Bagi penghasilan sumber kuasa yang mencukupi, model ini turut dibantu dengan Motor Elektrik ECO bagi proses janaan semula tenaga. ECO Motor turut dipadankan bersama satu bateri tambahan untuk meningkatkan lagi kapasiti penyimpanan tenaga.

LEBIH SEGAR

Dari aspek luaran, ia menerima suntikan lebih segar menerusi penggunaan lampu utama LED selain kehadiran gril hadapan tiga dimensi. Begitu juga pada ruangan belakang dengan kehadiran lampu LED yang lebih segar. Lebih tampak garang, ia dipadankan dengan rim aloi bersaiz 16 inci.

Ruangan dalaman juga masih kekal luas dan tampak premium. Untuk masuk dan keluar juga mudah dengan kehadiran pintu gelongsor berkuasa pada kedua-dua belah sisi.

New Nissan Serena S_Hybrid CKD_RearDengan hanya satu sentuhan pada hendal pintu, ia mudah untuk membuka dan menutup. Ia menawarkan pembukaan terbesar dalam kategori kelasnya: selebar 802mm dan tinggi 1,308mm.

Bagi varian Premium Highway Star pula, ia menerima beberapa elemen tambahan berbanding varian Highway Star. Antaranya, panel LCD bersaiz 10,1 inci, paparan skrin 6.5 inci bersama navigasi, kamera undur, pemain DVD, tempat duduk dibaluti kulit dan banyak lagi.

Untuk makluman juga, wakil media turut dijemput untuk sesi pandu uji Nissan Serena S-Hybrid facelift ke Melaka sejurus pelancarannya pada sesi pagi. Nantikan laporan pandu uji dari Pandulaju.com.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Edaran Tan Chong Motor, Nissan Serena S-Hybrid, Nissan Serena S-Hybrid CBU, Nissan Serena S-Hybrid CKD, Nissan Serena S-Hybrid facelift, Nissan Serena S-Hybrid Highway Star, Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev