• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Permintaan Jadi Realiti, Toyota GR Supra Manual 6-Kelajuan Diperkenal!

Permintaan Jadi Realiti, Toyota GR Supra Manual 6-Kelajuan Diperkenal!

May 30, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI pernah kami laporkan sebelum ini, kini lengkaplah semua model GR seperti GR Yaris, GR Corolla, GR86 dan yang terbaharu GR Supra dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Pengenalan GR Supra manual dibuat pada 28 April lalu berserta beberapa perubahan dan peningkatan. Sejak generasi pertama diperkenalkan pada 1978 (Celica XX), Supra mempunyai satu identiti yang dikekalkan, iaitu enjin depan, pacuan belakang (RWD) dan dikuasakan enjin 6-silinder sebaris.

BACA >>> #Videotomotif: Boleh Ke Pergi Kelantan Bawa Supra dengan RM400, Siap Makan?
BACA >>> Toyota Supra Dipandu Paul Walker dalam Fast & Furious Dilelong RM2.3 Juta!

Walaupun ada Supra dengan enjin 4-silinder, itu bukan masalah kerana bukan penawaran mutlak. Supra juga banyak digunakan dalam sukan permotoran hingga sekarang. Malah, pemandu Supra boleh menikmati model sport itu di jalan raya dan litar lumba.

Dengan segala legasi dan kejayaan dimiliki, janggal untuk sebuah Supra tanpa transmisi manual kerana ia turut dipengaruhi peminat Supra itu sendiri. Jadi apa yang baharu?

Toyota menaik taraf GR Supra (2022) dengan ciri berikut:

Pengendalian dan Pemanduan

  • Kawalan Suspensi Variable Adaptif (AVS) dengan karakter redaman absorber ditambah baik untuk meningkatkan keseimbangan olengan dan keselesaan pemanduan.
  • Sesendal stabiliser diubahsuai untuk respons stereng lebih baik pada peringkat mula/awal.
  • Sistem kawalan casis ditala semula (AVS, stereng kuasa elektrik (EPS), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)) untuk meningkatkan fiil stereng dan kawalan apabila dipandu secara berprestasi.
Transmisi Manual iMT

  • Varian GR Supra RZ (Jepun) 3.0L dan 3.0L Premium (Amerika Syarikat).
  • Tidak ditawarkan untuk GR Supra 2.0L.
  • Nisbah gear akhir lebih pendek, iaitu 3.46 berbanding 3.15 pada transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Tombol gear bentuk sfera yang senang digenggam dan digunakan pelbagai sudut dengan logo GR.
  • Fungsi padanan rev enjin.
  • Bunyian dalam kabin untuk lebih keseronokan ketika memecut.
Rim Aloi 19 Inci Baharu

  • GR Supra RZ sahaja.
  • Rekaan ala GR Yaris dan GR86.
  • Warna baharu, Premium Titanium Dark Silver.
  • Lebih ringan dengan berat kurang 1.2kg setiap rim yang membantu meningkatkan keselesaan pemanduan dan kestabilan pengendalian.
Warna Baharu, Dalaman Perang!

  • Dua warna baharu untuk semua varian: Volcanic Ash Gray Metallic dan Dawn Blue Metallic.
  • Avalanche White Metallic untuk GR Supra RZ dalam jumlah terhad.
  • Warna kabin perang untuk GR Supra RZ.
  • Sistem bunyi dipertingkat untuk GR Supra RZ dan SZ-R.
  • Peningkatan kualiti bunyi melalui talaan bunyi set audio JBL Premium Sound System.

Dari segi kuasa, enjin 3.0L kekal dengan 385hp dan tork 500Nm. Pelanggan Jepun tidak perlu menunggu lama kerana akan menerima GR Supra manual mereka tahun ini juga. Selain Jepun, pengguna Amerika Syarikat juga bakal menerima GR Supra manual kerana ia sudah jadi satu kewajipan!

Bagi pengguna tempatan pula, tunggu khabar daripada UMW Toyota.

BACA >>> TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!
BACA >>> Toyota Bikin Supra Boleh Drift Tanpa Pemandu untuk Bangunkan Teknologi Elak Kemalangan

Related

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Toyota, Toyota GR Supra, Toyota GR Supra Manual, Toyota Supra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my