• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kamera GoPro Jadi Mata-Mata JPJ Rakam Pesalah Trafik

Kamera GoPro Jadi Mata-Mata JPJ Rakam Pesalah Trafik

April 29, 2022 By Farah Leave a Comment

739
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAGI memantau kesalahan dilakukan pengguna jalan raya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mengunakan kaedah baharu menggunakan kamera aksi pengawasan jenis GoPro Max360, terutama sepanjang musim Aidilfitri ini.

Kaedah itu bertujuan memantau pengguna yang melakukan kesalahan seperti menggunakan telefon bimbit, memotong barisan dalam kesesakan, tidak memakai tali keledar atau helmet dan memandu berterusan di lorong kanan.

BACA >>> Motor Polis Paling Laju di Dunia Mungkin Ada di Abu Dhabi

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, pemantauan akan dilakukan anggota Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB). Beliau berkata;

Bentuk penguatkuasaan JPJ bukan lagi sekatan jalan raya yang dibimbangi akan menambah kesesakan dan rasa tidak selesa kepada mereka yang ingin menyambut perayaan, tetapi lebih kepada pemeriksaan secara pendigitalan.

"Pemantauan akan dilakukan anggota dilengkapi kamera aksi pengawasan jenis GoPro Max 360 dan merakam kesalahan pemandu di lapangan, yang mana foto dirakam akan dihantar ke bilik gerakan dan notis saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

Kaedah itu digunakan bagi memastikan pengguna jalan raya kekal mematuhi peraturan dan pada masa sama mengurangkan kadar kemalangan. Jelas Zailani lagi, kawasan yang sering kemalangan sudah dikenal pasti dan pemantauan akan lebih menumpukan kawasan 'hot spot' tersebut .

Sementara itu, orang awam yang mahu menyalurkan aduan mengenai sebarang kesalahan lalu lintas kepada JPJ boleh berbuat demikian melalui portal e-aduan. Pemberi maklumat akan menerima insentif jika siasatan mendapati kesalahan itu benar berlaku dan tindakan lanjut sudah diambil.

BACA >>> Motor Pun Kena Saman AES, Netizen Terkejut Baru Tahu!
BACA >>> PLUS: R&R, Hentian Sebelah Buka 24 Jam, Tambah Tandas Sepanjang 29 April-9 Mei Ini

SUMBER: BHOnline

Related

739
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GoPro, Jabatang Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, JPJ bermotorsikal, Kamera GoPro JPJ, pemantauan hari raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my