Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PLUS: R&R, Hentian Sebelah Buka 24 Jam, Tambah Tandas Sepanjang 29 April-9 Mei Ini
Auto Terkini

PLUS: R&R, Hentian Sebelah Buka 24 Jam, Tambah Tandas Sepanjang 29 April-9 Mei Ini

ShawkathBy Shawkath26/04/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEBIH dua juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya PLUS setiap hari menjelang waktu puncak antara 29 April dan 9 Mei ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Susulan itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan semua Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan Hentian Sebelah akan dibuka 24 jam setiap hari untuk kemudahan dan keselesaan pengguna lebuh raya.

Bagi menambah baik servis, PLUS juga menyediakan tandas tambahan dan lori tangki di R&R dan Hentian Sebelah untuk mengimbangi peningkatan jumlah pelanggan yang singgah di kawasan berkenaan.

Malah PLUS juga mendapatkan khidmat pasukan RELA untuk membantu menguruskan aliran trafik sempena musim perayaan Aidilfitri nanti. Ketua Pegawai Operasi (CEO) PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata;

Kami mengingatkan semua pelanggan lebuh raya yang singgah di kawasan rehat supaya mematuhi SOP (prosedur operasi standard) Covid-19 terkini yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.”

Beliau juga mengingatkan R&R boleh ditutup sementara jika situasi trafik terlalu PADAT dan SESAK hingga membawa kesan kepada kelancaran perjalanan trafik lebuh raya sebelum dibuka semula selepas keadaan kembali terkawal dan perjalanan trafik bergerak stabil.

Jika R&R ditutup, pengguna diminta ke kawasan rehat seterusnya atau berhenti di plaza tol berhampiran yang ada kemudahan tandas awam dan surau.

Ada 109 stesen minyak beroperasi sepanjang Lebuhraya PLUS yang turut menyediakan kemudahan tandas, dan surau, termasuk makanan. PLUS juga menawarkan kopi percuma kepada pelanggan yang singgah di kawasan rehat terpilih.

Auto Terkini Datuk Zakaria Ahmad Zabidi Lebuhraya PLUS Plus Malaysia PLUS Malaysia Berhad R&R Buka 24 Jam
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

23/01/2026
Auto Terkini

DENZA Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Disahkan Kekal Hingga 2026

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model 3 Varian Paling ‘Rahmah’ Kini di Malaysia, Jarak 534km WLTP, Harga RM147,600

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.