PENGELUAR motosikal China, Sunra meluaskan barisan skuter elektrik jenama itu dengan memperkenalkan Miku Super (2022) unutk pasaran Eropah pada harga €4,390 (RM20,120).
Model itu dibina berasaskan varian Miku Max dengan prestasi seperti enjin petrol 125cc. Berikut perincian Miku Super (2022):
BACA >>> Miku Max - Skuter Elektrik Popular China yang Unik dan Ranggi
- Miku Super (2022) boleh dianggap varian Miku Max yang ditambah baik.
- Didatangkan dalam lima warna: merah, kuning, biru, putih dan hitam.
- Dijana motor elektrik buatan sendiri berkuasa 3kW (4hp) dan tork 235Nm, serta dipacu motor Bosch dengan output 800w (1hp).
- Kelajuan 0-80kmj mampu dicapai dalam masa 8.5 saat, manakala kelajuan maksimum 80kmj.
- Cas penuh mampu ditunggang sejauh 130km dalam mod ECO, dan jika menggunakan mod Normal, jarak tunggangan sekitar 90km sahaja.
BACA >>> Warga Emas Maut Skuter EV Meletup dalam Rumah di India, Kualiti Bateri China Diragui?
- Menggunakan pek bateri litium-ion jenis boleh tanggal 72V 20Ah dengan masa mengecas penuh 4 jam.
- Frem tubular keluli, rim 12 inci, dan tayar 120/70 (depan dan belakang).
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan absorber kembar (belakang).
- Sistem brek cakera tunggal di depan dan belakang dengan Sistem Brek Kombi (CBS).
- Dimensi panjang 1,840mm, lebar 780mm dan tinggi 1,040mm.
- Lampu LED dan panel meter LCD, tetapi tiada sambungan Bluetooth dan digantikan sistem imbasan cap jari.
BACA >>> Bukan 120km, Tapi Boleh Tunggang 44km Saja, Pemilik Nekad Bakar Skuter Elektrik
BACA >>> Yamaha NEO'S - Skuter Elektrik CKD dari Vietnam Ini Bakal Eksport ke Eropah
BACA >>> Skuter Elektrik Ovaobike CT-X (2022) dengan Tork 279Nm!
Leave a Reply