LAGI beberapa hari umat Islam bakal menyambut Aidilfitri dan pasti ramai sudah membuat persiapan pulang ke kampung halaman selepas dua tahun tidak dapat pulang beraya akibat sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sudah jadi kebiasaan, apabila memandu jauh ada beberapa aksesori yang diperlukan dalam kereta supaya pemanduan jadi lebih selesa buat pemandu dan penumpang sepanjang perjalanan. Selain itu, aksesori yang dibawa juga boleh membuatkan kereta nampak sedap mata memandang dan berbeza berbanding model sama.
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Perkara Anda Perlu Buat Sebelum Balik Raya ke Kampung
BACA >>> #ApaNakBuat: 20 Tip Pantas Balik Kampung Beraya
Berikut aksesori yang perlu anda miliki sebelum pulang beraya.
1. Alat Pemadam Api
Pernah dengar kereta terbakar tiba-tiba? Inilah sebabnya anda perlukan pemadam api. Kebakaran berisiko terjadi akibat kebocoran bahan api, kegagalan sistem elektrik, enjin mengalami panas lampau dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan untuk membantu pengguna lain ketika kecemasan.
2. Pelindung Cermin Tingkap
Cuaca Malaysia memang kerap panas. Jadi pelindung cermin sangat berguna untuk menghalang sinaran UV menembus masuk kabin kereta, sekali gus membuatkan penumpang di dalam lebih sejuk dan selesa sepanjang perjalanan. Anak pun boleh tidur lebih lama dan nyenyak dalam kereta.
3. Pemegang Telefon Bimbit Boleh Putar
Kepada yang tiada pemegang telefon bimbit dalam kereta, pergi beli cepat! Ini kerana kita memang sangat memerlukan telefon bimbit untuk menggunakan aplikasi navigasi, dan aplikasi penting lain. Ia lebih memudahkan kita meletakkan telefon dengan kemas berbanding meletakkan merata-rata dalam konsol gear dan papan pemuka.
4. Cermin Mata Kualiti Tinggi
Cermin mata sangat berguna supaya tidak terkena silauan cahaya matahari, terutama jika memandu ketika matahari naik atau terbenam, dan panas terik. Namun lebih bagus jika anda memiliki cermin mata yang boleh dipakai ketika waktu hujan lebat untuk memudahkan penglihatan memandu.
5. Bantal
Bantal bukan saja diperlukan ketika kita berhenti untuk berehat atau tidur sekejap, tetapi juga penting untuk penumpang dalam kereta. Barulah masing-masing tidak meragam.
6. Vakum Mudah Alih
Kalau sudah duduk berjam lama, memang tidak sahlah kalau dalam kereta jadi kotor dan comot. Jadi, belilah vakum mudah alih kompak dan ringan yang dikhaskan untuk kereta. Dengan hanya menyambungkan palam pada soket 12V, anda kini boleh membersihkan segala macam habuk, serbuk dan sisa makanan yang bersepah atas karpet, kerusi dan sebagainya.
7. Kamera Pemuka (Dashcam)
Melihat banyak video kemalangan dikongsi di media sosial, mungkin anda perlu mengambil kira memasang dashcam untuk merakamkan sebarang insiden tidak diingini selain dijadikan bahan bukti apabila diperlukan.
Ada banyak jenis dashcam ditawarkan dalam pelbagai harga mengikut bajet masing-masing. Apapun, pilihlah gajet yang berkualiti supaya mudah merekodkan nombor plat kereta yang melanggar anda.
BACA>>> Saga Laju Langgar Lampu Isyarat, Netizen Simpati Avanza Tak Dapat Pulang Raya
BACA>>> Isteri 'Histeria' Tengok Dua Kemalangan Depan Mata, Suami Kekal Tenang
Leave a Reply