• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan 120km, Tapi Boleh Tunggang 44km Saja, Pemilik Nekad Bakar Skuter Elektrik

Bukan 120km, Tapi Boleh Tunggang 44km Saja, Pemilik Nekad Bakar Skuter Elektrik

April 28, 2022 By Shawkath Leave a Comment

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN tidak mampu bersabar lagi, seorang ahli fisioterapi dari Ambur, Tamil Nadu, India nekad membakar skuter elektrik miliknya yang baru dibeli tiga bulan lalu.

Prithiviraj yang mengusahakan klinik sendiri di Ambur Bypass Road membeli skuter Ola S1 Pro sebagai kenderaan peribadi untuk memudahkan dia pergi bekerja.

BACA >>> Ola S1 - Skuter Elektrik Teknologi Tinggi, Ada Arahan Suara, Harga Mula RM4.5k!

x

Menurutnya, ketika beli skuter itu, dia dimaklumkan penjual yang jarak tunggangan adalah kira-kira 120km. Malangnya, dia gagal mendapat jarak tunggangan sejauh itu seperti dijanjikan pengeluar.

Prithiviraj mendakwa skuter itu sudah tiga kali diservis sejak dibeli, tetapi masalah tersebut tidak didedahkan. Situasi itu membuatkan dia hilang sabar, terutama apabila skuternya terkandas di tepi jalan terpencil di satu kawasan kampung ketika dalam perjalanan pulang dari kliniknya.

Menurutnya, skuter tersebut cuma mampu bergerak sejauh 44km selepas bateri dicas penuh.

Menonton klip video, seorang lelaki dilihat menuang petrol atas sebuah skuter eletrik sebelum menyalakan mancis dan membakarnya.

Ola baru-baru ini memanggil balik 1,441 unit skuter untuk melakukan pemeriksaan semula atas isu berkaitan bateri.

BACA >>> Kes Bateri Terbakar: Ola Electric Panggil Balik 1,441 Skuter Elektrik di India
BACA >>> Warga Emas Maut Skuter EV Meletup dalam Rumah di India, Kualiti Bateri China Diragui?
BACA >>> Motosikal Bawah 400cc Boleh Masuk Lebuh Raya Cebu-Cordova, Tapi Kena Bayar Tol

SUMBER: MotorBeam

Related

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Bakar Skuter Elektrik, Isu Skuter Elektrik, Ola S1 Pro, Prithiviraj, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev