• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

April 28, 2022 By Shawkath Leave a Comment

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) berjaya menjual 19,217 unit kenderaan sepanjang tahun kewangan 2021 (April 2021 hingga Mac 2022) walaupun industri berdepan detik sukar berikutan pandemik Covid-19.

Peningkatan jualan 66 peratus berbanding tempoh sebelumnya membantu menempatkan MMM sebagai pengeluar automotif di ranking tiga teratas dalam kategori bukan nasional.

BACA >>> Jualan Mitsubishi Malaysia Terus Naik Sepanjang April 2021, Xpander Paling Laris
BACA >>> Mitsubishi Xpander Laku Keras di Malaysia Sampai Kena Tunggu 6 Bulan!

Xpander, Triton Jadi Pilihan Pembeli


Model membantu MMM meraih jualan luar biasa ialah Xpander dengan menjual 9,065 unit atau 47.2 peratus daripada jumlah jualan kenderaan Mitsubishi dalam tempoh setahun.

Rekod itu membolehkan Xpander mengekalkan dominasi dalam kategori Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) bukan nasional Malaysia.

Trak pikap Mitsubishi Triton mengekalkan penguasaan pasaran hampir 21.4 peratus dengan 9,420 unit dijual sepanjang tempoh 12 bulan lalu, naik 24 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Shinya Ikeda berkata;

Industri automotif berdepan detik sukar sejak dua tahun lalu, bukan hanya disebabkan kenaikan kes Omicron tetapi juga kejadian banjir di Lembah Klang dan Pantai Timur, termasuk masalah bekalan alat ganti dan kekurangan mikrocip.”

Beliau turut memberikan penghargaan kepada KerajaanMalaysia kerana memberikan insentif dengan melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan dan servis (SST) kenderaan. Pendekatan itu menawarkan penjimatan kepada pengguna dan memberikan masa mencukupi kepada pengeluar untuk memenuhi tempahan diterima.

MMM menjangka momentum jualan tahun ini akan tinggi kerana ramai pengguna meletakkan impian membeli kenderaan baharu sebelum SST tamat akhir Jun ini.

BACA >>> Video Momen Abang Viva Dapat Triton Buat Ramai Bergenang Air Mata
BACA >>> 4x4 Apa Abang Viva Dapat? Mitsubishi Triton!
BACA >>> Mitsubishi Malaysia Sumbang Trak Triton 4x4, Bantu Usaha Amal INSAF Malaysia

Related

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jualan 2021 Mitsubishi Motors Malaysia, Mitsubishi Malaysia, Mitsubishi Triton, Mitsubishi Xpander, Roda4, Shinya Ikeda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my