VOLKSWAGEN Commercial Vehicles bakal melancarkan trak pikap Amarok (2023) baharu penghujung tahun ini, dibangunkan dengan kerjasama Ford yang terlebih dahulu melancarkan Ranger pada November tahun lalu.
Kerja merekabentuk dan pembangunan Amarok (2023) dibuat di Jerman dan Australia serta bakal dipasang di Afrika Selatan. Terbaharu Volkswagen berkongsi lebih banyak foto Amarok dan kali ini dalam bentuk samaran. Pengeluar itu sebelum ini pernah berkongsi lakaran luaran dan dalaman trak pikap itu.
BACA >>> Volkswagen Dedah Foto Awal Amarok Baharu, Kongsi Platform Ford Ranger!
BACA >>> Lelaki Ini Cipta Rekod Dunia, Cuma 3 Hari dari Dakar ke Moscow Pandu Volkswagen Amarok
Walaupun dalam bentuk samaran kamoflaj, foto kali ini memberi gambaran dunia sebenar dan Volkswagen turut mengesahkan beberapa maklumat asas seperti berikut:
Dimensi dan Keupayaan
- Panjang 5,350mm (tambahan 100 mm) berbanding Amarok generasi pertama.
- Jarak roda 3,270mm, peningkatan 175mm dan lebih ruang untuk model double cab.
- Beban muatan hingga 1.2 tan.
- Kapasiti tunda maksimum 3.5 tan.
- Jarak redah air (fording depth) lebih baik berbanding generasi pertama.
Rangkaian Kuasa dan Bantuan Keselamatan
- Satu pilihan enjin petrol.
- Empat pilihan enjin diesel.
- Enjin 4- dan 6-silinder dengan sesaran 2.0L hingga 3.0L.
- Pilihan pacuan roda belakang (RWD), on demand atau semua roda (AWD) sepenuh masa.
- Lebih 30 sistem bantuan pemanduan yang majoriti ciri baharu untuk Amarok.
Rekabentuk Luar
- Lampu utama LED standard untuk semua varian.
- Pilihan lampu utama IQ.Light hingga LED matrix.
- Teks Amarok timbul (embossed) di depan dan belakang.
- Lampu belakang LED.
- Saiz rim hingga 21 inci dan tayar semua permukaan (all-terrain).
Dalaman
- Kokpit digital dan unit infotainmen ala tablet.
- Pilihan kerusi boleh laras 10-tetapan.
- Tempat duduk bahagian belakang muat tiga dewasa.
Lima Varian
- Amarok (aras mula).
- Life
- Style
- PanAmericana (gaya off-road)
- Aventura (jalanan)
Thailand menjadi hab pemasangan global trak pikap saiz sederhana dan ada ramai pembeli termasuk di negara jiran itu, tetapi Amarok tidak dijual di rantau sebelah sini. Bagaimanapun, ia bukan masalah kerana Amarok sudahpun terjual lebih 830,000 unit di Eropah, Amerika Selatan, Afrika Selatan dan Oceania.
BACA >>> SUV Prestasi Tinggi, Volkswagen T-Roc R (2022) Lancar di Eropah, Harga RM222k
BACA >>> #TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!
Lakaran VW Amarok generasi kedua
VW Amarok generasi pertama
Leave a Reply