• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Motor Dedah Apache RR 310 One Make Race dengan Seragam Petronas

TVS Motor Dedah Apache RR 310 One Make Race dengan Seragam Petronas

April 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

433
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TVS Motor semalam mengumumkan kerjasama dengan gergasi minyak Malaysia, Petronas yang membawa kepada pembentukan pasukan lumba Petronas TVS Racing Team.

Hasil kerjasama strategik itu meletakkan Petronas sebagai rakan kongsi utama TVS Racing dan semua jentera lumba akan dipakaikan seragam baharu. Portal BikeWale berpeluang melihat dekat jentera lumba TVS Apache RR 310 One Make Race.

BACA >>> Petronas TVS Racing Team Mahu Sertai Semua Format Sukan Lumba di India

Rekabentuk depan jentera One Make Race itu tidak jauh berbeza daripada model jalanan TVS Apache RR 310 dengan model menawarkan kombinasi empat warna: putih, merah, hitam dan biru dengan liveri Petronas.

BACA >>> TVS Apache RR 310, Kembar G 310 R Tanpa Lencana BMW

Fairing digunakan bukan standard tetapi dikustomkan supaya lebih ringan. Kowl bawah enjin nampak seperti komponen standard, tetapi ada sedikit pengubahsuaian dibuat.

Trenkuasa asal RR310 ialah 4-lejang silinder tunggal 312cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) berkuasa 25.8hp dan tork 25Nm. Output kuasa dijangka meningkat dengan talaan baharu dan naik taraf lain seperti sistem ekzos aliran bebas. Kotak gear pula kekal sama, klac manual 6-kelajuan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Klac dan Bagaimanakah Ia Berfungsi Pada Motosikal?


Bagi mengurangkan berat, model lumba ini tidak diberikan panel meter, manakala konsol butang kawalan hanya ada fungsi paling minimum.

Sistem suspensi masih fork terbalik (USD) dan monoshock standard. Apa diubah cuma tetapan sistem brek dengan cakera brek baharu dan mungkin pad brek berbeza.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Fork Teleskopik dan Terbalik (USD)?

Motosikal 'One Make Race' menggunakan tayar TVS Protorq dengan peg kaki dam bar hendal ditukar supaya sesuai untuk aksi perlumbaan.

BACA >>> Kajian: Tayar Baharu UK Kini Wajib Ada Label Rating, Ramai Pengguna Tidak Tahu
BACA >>> Skil Drebar Lori Elak Langgar Penunggang Tergelincir Jatuh Buat Netizen 'Respek'

SUMBER: BikeWale

Related

433
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Jentera Lumba, Petronas, roda2, TVS Apache RR 310 One Make Race, TVS Motor, TVS Motor Company (TVS), TVS Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my