• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PLUS: Masih Perlu Sentuh TnG, Imbas RFID, SmartTAG Walaupun Tol Percuma

PLUS: Masih Perlu Sentuh TnG, Imbas RFID, SmartTAG Walaupun Tol Percuma

April 27, 2022 By Farah Leave a Comment

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNA yang akan menggunakan Lebuhraya PLUS masih perlu menyentuh kad Touch 'n Go (TnG) atau mengimbas laluan RFID dan SmartTAG seperti biasa walaupun pada hari yang tidak dikenakan bayaran tol.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, syarat itu dibuat bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik.

Pengguna yang memilih menggunakan RFID juga perlu memastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID saja. Seperti mana kad Touch 'n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada e-dompet mereka," katanya.

Justeru, Azman meminta semua pengguna kad TnG memeriksa status kad sebelum memulakan perjalanan di PAUTAN INI bagi supaya tidak mereka terkandas di lorong tol hingga menyebabkan kesesakan jika menggunakan kad tidak aktif atau sudah dinyah aktif.

Selain itu, pengguna lebuh raya disarankan memuat turun aplikasi PLUS untuk meninjau situasi trafik terkini di lebuh raya itu menerusi paparan CCTV disediakan, dan menggunakan aplikasi navigasi Waze atau GoogleMap untuk merancang perjalanan sepanjang musim perayaan.

TOL PERCUMA

Terdahulu, Kerajaan mengumumkan tol percuma dan diskaun tol hingga 50 peratus kepada pengguna lebuh raya yang pulang dan balik beraya. Pemberian tol percuma dan diskaun itu bermula:

  • 30 April (Sabtu), mula 12 tengah malam HINGGA 1 Mei (Ahad), 11.59 malam.
  • Untuk semua kelas kenderaan.

Manakala untuk pulang beraya, Kerajaan turut memberi tol percuma di lebuh raya PLUS  dan LPT pada:

  • 7 Mei (Sabtu), 12 tengah malam HINGGA 8 Mei (Ahad), 11:59 malam.
  • Untuk semua kelas kenderaan.

BACA>>> Individu Ada Waran, Saman Tertunggak Jadi Buruan Op Selamat 18
BACA>>> Kerajaan, Syarikat Konsesi Beri Tol Percuma, Diskaun hingga 50 Peratus Sempena Aidilfitri!

SUMBER: BHOnline

Related

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Diskaun Hari Raya, hari raya, Lebuhraya PLUS, Tol Percuma, Tol Percuma Raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my