• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Remaja Mabuk Pandu M5 Lebih 240kmj, Langgar Mati 6 Sekeluarga Hadapi Tuduhan Bunuh

Remaja Mabuk Pandu M5 Lebih 240kmj, Langgar Mati 6 Sekeluarga Hadapi Tuduhan Bunuh

April 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA ini sedang tular di Amerika Syarikat (AS). Seorang remaja 17 tahun dari Florida berdepan enam tuduhan membunuh menggunakan kenderaan apabila terbabit kemalangan pada 27 Januari tahun ini yang meragut enam nyawa.

Noah Thomas Galle dituduh memandu laju sedan BMW M5 miliknya sepanjang State Road 7 dekat Delray Beach hingga merempuh belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Rogue.

BACA >>> Tennesse Wajibkan Pemandu Mabuk Sara Kewangan Anak Mangsa Hingga Umur 18 Tahun

Impak rempuhan menyebabkan SUV mangsa terbalik dan bergolek beberapa kali ke tengah jalan. Semua penumpang, termasuk pemandu dalam Rogue terbunuh, manakala Galle sendiri cedera parah. Pihak berkuasa yang tiba di lokasi kejadian mengesyaki remaja 17 tahun itu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, atau kedua-dua sekali.

Galle ketika disoal kelajuan dia memandu pada hari kejadian menjawab, lebih 120 batu sejam (190kmj). Bagaimanapun, hasil siasatan pihak berkuasa meyakini remaja itu merempuh SUV Nissan mangsa pada kelajuan 151 batu sejam (240kmj).

Selepas kemalangan, polis turut memeriksa Instagram Galle dan mendapati dia membuat rakaman video peribadi ketika memandu pada kelajuan 182 batu sejam (290kmj) menggunakan model kereta sama. Remaja itu juga mencabar pengikut media sosialnya supaya meneka seberapa pantas dia memandu, dan menawarkan hadiah tunai AS$25 (RM110).

BACA >>> Pemandu Singapura Ditahan Mabuk

Galle kini dikenakan bon AS$300,000 (RM1.3 juta) dan berada dalam tahanan rumah. Salah seorang anak perempuan mangsa, Lyndie Louis percaya Galle patut dipenjarakan.

Ini situasi amat sukar untuk seluruh keluarga saya, adik perempuan, saya dan anak perempuan. Dia cuma 8 tahun dan selalu bertanya kenapa nenek tak mau balik rumah.

“Ibu saya seorang wanita yang amat menyayangi. Saya rasa defendan patut berada dalam penjara dan bukan rumah. Kami tak dapat lihat lagi ahli keluarga sendiri (sudah meninggal), tapi kenapa dia boleh? Ini jenayah cuai dan kita perlukan keadilan.”

BACA >>> Mabuk Punya Pasal, Pemandu HR-V Langgar Kereta, Pelanggan Sedang Makan
BACA >>> Orang Awam Balun Pemandu Bezza Mabuk Lawan Arus di SKVE Langgar Dua Motor
BACA >>> Bukan Nak Tolong, Tapi Sibuk Rakam, Drebar Treler Disangka Mabuk Rupanya Sakit Jantung
BACA >>> Kenapa Banyak Negara Larang Keras Memandu Mabuk?

SUMBER: CarScoops

Related

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Isu Keselamatan Jalan Raya, Lyndie Louis, Marie M. Louis, Noah Thomas Galle, pemandu mabuk

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev