• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Latihan Susunan Semula Aliran Trafik Di Indonesia, Persiapan Sebelum Cuti Aidilfitri

Latihan Susunan Semula Aliran Trafik Di Indonesia, Persiapan Sebelum Cuti Aidilfitri

April 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

KERAJAAN Indonesia meramalkan berpuluh juta kereta dengan belasan juta motosikal akan memulakan pergerakan ulang-alik kampung untuk sambutan Aidilfitri tahun ini (Lebaran 2022).

Maka, perlu ada perancangan menyusun semula aliran trafik (rekayasa) untuk mencegah kejadian kesesakan teruk jangka panjang.

BACA >>> Lebuh Raya Trans Jawa (Seperti PLUS) di Indonesia Hampir Siap, Caj Tol RM138

Di Indonesia, rekayasa utama ialah sistem genap-ganjil yang diimplimentasi di bahagian Lebuh Raya Trans-Jawa, bermula semalam hingga esok (25 hingga 27 April 2022).

Balik Kampung Raya Indonesia - 0
Balik Kampung Raya Indonesia - 1

Ketua Komunikasi Korporat dan Pembangunan Komuniti Kumpulan Jasa Marga, Dwimawan Heru berkata, jadual dan lokasi pelaksanaan sudah diputuskan iaitu bermula di Jalan Bertol Jakarta-Cikampek KM 47 (Karawang Barat).

Heru berkata, jika ada kesesakan trafik, polis akan memutuskan untuk mengubah aliran trafik melawan arus. Jika masalah kepadatan masih berlaku dan melebihi had maksimum, langkah paling rasional ialah ubah aliran trafik jadi sehala.

Heru berkata:

"Jasa Marga sedia menyokong percubaan pelaksanaan perubahan aliran trafik dengan memaklumkan kepada pegawai-pegawai, papan tanda dan berkongsi maklumat menerusi Papan Tanda Mesej Dinamik (DMS) kepada pengguna jalan raya.”

Ujian percubaan perubahan aliran trafik akan dibuat sebagai langkah awal sebagai proses awal mendidik masyarakat. Ujian itu juga akan menilai tahap keberkesanan skim trafik berkenaan sebelum pelaksaan semasa trafik puncak balik kampung pada 28 April 2022.

BACA >>> Indonesia Benarkan Rakyat Balik Kampung Beraya dengan SOP Ketat

Balik Kampung Raya Indonesia - 3
Balik Kampung Raya Indonesia - 2

UJIAN PERCUBAAN

Ini adalah senarai ujian percubaan aliran genap-ganjil Lebuh Raya Trans-Jawa:

Hari: Isnin, 25 April 2022.
Jam: 11 pagi - 1 petang.
Lokasi: Jalan Tol Jakarta-Cikampek KM 47 (Karawang Barat) hingga Gerbang Tol (GT) Cikampek Utama Jalan Tol Jakarta-Cikampek KM 70

Hari: Selasa, 26 April 26 2022.
Jam: 11 pagi -1 petang
Lokasi: Jalan Tol Jakarta-Cikampek KM47 (Karawang Barat) hingga GT Palimanan Utama Jalan Tol Cipali KM188.

Hari: Rabu, 27 April 2022.
Jam: 10 pagi hingga 5 petang
Lokasi: Jalan Tol Jakarta-Cikampek KM47 (Karawang Barat) hingga GT Kalikangkung Jalan Tol Batang-Semarang KM414.

Kerajaan dan polis akan membuat tiga jenis operasi perubahan aliran trafik iaitu di Lebuh Raya Trans-Jawa bermula 28 April hingga 1 Mei 2022 iaitu laluan kontra, genap-ganjil dan sehala.

BACA >>> CCLEX Dibuka Esok, Motosikal Bawah 400cc Boleh Guna Lebuh Raya Terbaharu Filipina
BACA >>> Caj Tol 4 Lebuh Raya Lembah Klang Kekal Hingga Tamat Tempoh Konsesi
BACA >>> Tiada Lagi Plaza Tol, Pakar Positif RFID Mampu Kurangkan Kesesakan Lebuh Raya

SUMBER: Kompas

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aliran Trafik Indonesia, Dwimawan Heru, Hari Raya Aidilfitri 2022, Jasa Marga, Ujian Perubahan Trafik Indonesia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev