KERAJAAN mengumumkan tol percuma dan diskaun tol hingga 50 peratus kepada pengguna lebuh raya yang pulang dan balik beraya. Keputusan dibuat selepas selesai berunding dengan 30 syarikat konsesi lebuh raya seluruh negara.
Tol percuma itu melibatkan 30 lebuh raya seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati pengguna sebanyak RM77.11 juta yang ditanggung Kerajaan dan syarikat konsesi.
BACA >>> PLUS Keluar Cadangan Jadual Waktu Balik Raya, Mesti Ikut!
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata;
Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara-selatan, dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).”
Pemberian tol percuma dan diskaun bermula:
- Sabtu, 30 April (12 tengah malam) - Ahad, 1 Mei (hingga 11.59 malam)
- Untuk semua kelas kenderaan.
BACA >>> Balik Kampung Jakarta-Jogjakarta Cecah RM135, Tol Malaysia Lagi Murah!
Ismail Sabri berkata lagi, pemberian tol percuma di lebuh raya PLUS dan LPT juga diberikan kepada pengguna yang kembali ke kediaman masing-masing bermula:
- Sabtu, 7 Mei 2022 (12 tengah malam) - Ahad, 8 Mei (hingga 11:59 malam)
- Untuk semua kelas kenderaan.
Tawaran diskaun tol adalah antara 30 peratus dan 50 peratus, serta turut diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa sama untuk semua kelas kenderaan.
BACA >>> Caj Tol 4 Lebuh Raya Lembah Klang Kekal Hingga Tamat Tempoh Konsesi
BACA >>> Isteri Usia 19 Tahun Hadiahkan Suami Lamborghini Sempena Tolong Jaga Pantang Nanti
Leave a Reply