TOYOTA C-HR diposisikan sebagai crossover dan akronim kepada Coupe High Rider (Penunggang Tinggi Coupe). Asasnya, model ini dikuasakan enjin petrol 1.2 Turbo dan 1.8 Hibrid, dan didatangkan dengan sistem pacuan roda depan (FWD) sahaja.
Di bawah ini kami perincikan spesifikasi Toyota C-HR versi pasaran Britain atau UK Spec sebagai bayangan kepada model sama yang mungkin dibawa masuk Toyota Malaysia di bawah edaran UMW Toyota Motor. Namun, setakat ini masih tiada khabar angin mengenai debut crossover itu di negara ini yang dijangka berpotensi menggugat pasaran segmen tersebut yang setakat ini didominasi Honda dan Mazda.
VARIAN
Ada tiga varian Toyota C-HR ditawarkan untuk pasaran Britain.
ENJIN
Menariknya, setiap varian Toyota C-HR didatangkan dengan pilihan tiga jenis enjin seperti di bawah. Misalnya, jika anda membeli Toyota C-HR varian ICON, anda boleh memilih sama ada enjin 1.2 Turbo Manual, 1.2 Turbo Multidrive S atau 1.8 Petrol Hibrid Automatik. Begitu juga varian Excel dan Dynamic.
- 1.2 Petrol Turbo (115 HP) Manual 6-Kelajuan - kod enjin 8NR-FTS, 16-injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api D-4, 185Nm@1,500-4,000rpm, transmisi manual, 190kmj, 0-100kmj 10.9 saat.
- 1.2 Petrol Turbo (115 HP) Multidrive S - kod enjin 8NR-FTS, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api D-4, 185Nm@1,500-4,000rpm, transmisi CVT, 179kmj, 0-100kmj 11.4 saat.
- 1.8 Petrol Hibrid (122 HP) Automatik - kod enjin 2ZR-FXE, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api EFI, 142Nm@3600rpm, motor depan elektrik jenis sinkroni magnet tetap, jenis bateri logam nikel hidrida, transmisi Automatik Hibrid, 169kmj, 0-100kmj 11 saat.
FITUR
Di bawah ialah fitur asas yang membezakan setiap varian Toyota C-HR:
- ICON - Rim aloi 17-inci (5-jejari), Toyota Touch® 2 dengan Sistem Multimedia System & Bluetooth®, Kamera Undur, Deriaan Keselamatan Toyota (Toyota Safety Sense)
- EXCEL - (tambahan kepada Icon), kerusi Fabrik Unik Dinamik, rim aloi 18-inci (10-jejari berganda), Toyota Touch® 2 dengan Go Navigation
- DYNAMIC - (tambahan kepada Icon) - kerusi Fabrik Unik Dinamik, rim aloi 18-inci (5-jejari berganda), bumbung hitam metalik dua tona.
KESELAMATAN
Toyota UK melengkapkan crossover ini dengan ciri keselamatan tinggi seperti di bawah:
ISOFIX, kamera undur, Bantuan Parkir Pintar (IPA), kerusi Whiplash Injury Lessening (WIL) untuk meminimumkan kecederaan gerak, Sistem Pra-Perlanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki, Amaran Tukar Lorong dengan Kawalan Stereng, Bantuan Tanda Jalan, Suluh Tinggi Automatik, Kawalan Jelajah Adaptif, lampu depan LED, lampu kabus depan LED, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC), Bantuan Brek (BA), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
BREK
- Depan - Cakera alih udara (ventilated)
- Belakang - Cakera
SUSPENSI
- Depan - Topang MacPherson
- Belakang - Double Wishbone
KAPASITI TANGKI
- Petrol 50L
- Hibrid 43L
KAPASITI BUT
377 liter
TEMPAT DUDUK
5
HARGA
Harga Toyota C-HR di bawah ditukar terus daripada mata wang Pound Sterling (£) kepada Ringgit Malaysia (RM). Harga sebenar di pasaran Malaysia mungkin berbeza.
- ICON - Manual £20,995 (RM115,793); CVT £22,195 (RM122,411); Hibrid £23,595 (RM130,132)
- EXCEL - Manual £23,995 (RM132,339); CVT £25,195 (RM138,957); Hibrid £26,495 (RM146,127)
- DYNAMIC - Manual £25,495 (RM140,611); CVT £26,695 (RM147,230); Hibrid £27,995 (RM154,400)
GALERI
SUMBER: Toyota.co.uk
Amy says
Chr ini memang kereta idaman saya. Saya selalu melihatnya disingapore... sangat mengancam rekaanya.... seperti telah jatuh hati pada pandangan pertama