• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sanggup Hempaskan Pesawat Demi Konten, YouTuber Digantung Lesen Penerbangan

Sanggup Hempaskan Pesawat Demi Konten, YouTuber Digantung Lesen Penerbangan

May 10, 2022 By Wahid Leave a Comment

280
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG YouTuber dari Amerika Syarikat (AS) digantung lesen penerbangan selepas didapati bersalah kerana sengaja menghempaskan pesawat dikendalinya untuk melakukan konten di media sosial.

YouTuber, Trevor Jacob ialah mantan juruterbang dan atlet pasukan Olimpik AS di Sukan Olimpik 2014 di Sochi, Rusia pada 2014. Video itu dimuat naik dalam YouTube pada 24 Disember 2021, berjudul 'I Crashed My Plane' (Saya Menjunamkan Pesawat Saya).

BACA >>> 5 Fakta Menarik Antonov AN-225, Pesawat Terbesar Dunia di Ukraine yang Dimusnahkan Rusia

Jacob mendakwa dia hendak menaburkan abu kawannya yang terkorban dalam sebuah insiden meluncur angin. Namun, sebelum tiba ke destinasi, dia mendakwa pesawat Taylorcraft (1946) itu mengalami kerosakan enjin apabila berada di ruang udara Los Padres National Forest.

Dia kemudian bertindak melompat keluar dari pesawat itu menggunakan payung terjunm dan semua aksi itu dirakamkan dalam beberapa unit kamera, termasuk aksinya keluar dari pesawat dengan sebatang kayu swafoto.

BACA >>> Firma AS Bina Pesawat Hipersonik Sepantas 6,790kmj! New York - London Kurang Sejam

Badan Pentadbiran Penerbangan Kebangsaan Amerika Syarikat (FAA) kemudian melancarkan siasatan berikutan kemalangan tersebut.

Beberapa YouTuber pakar penerbangan, yang juga juruterbang aktif seperti Mentour Now!, Trent Palmer dan MojoGrip tampil mempersoalkan tindakan Jacob itu disengajakan untuk mendapatkan populariti. Ini kerana dia langsung tidak mengambil inisiatif untuk cuba mendaratkan pesawat, sebaliknya dibiarkan terjunam.

Ada juga juruterbang mendakwa suis pam minyak pesawat dalam video itu berada pada posisi 'OFF', bermaksud Jacob hanya membawa secukup minyak saja hingga enjin pesawatnya terpadam, sekali gus tidak menyebabkan kebakaran apabila terhempas dalam kawasan hutan.

Ada juga ternampak pemadam api kecil yang disorokkan dalam seluar Jacob yang menjawab dakwaan dia sememangnya merancang memadamkan api untuk menyelamatkan kandungan video dalam kamera GoPro dipasangnya.

Siasatan FAA akhirnya mendapati pesawat itu tidak mengalami sebarang kerosakan dan Jacob sengaja memalsukan laporan. Justeru, FAA memutuskan menggantung lesen penerbangan Jacob. Portal FAA berkata;

Anda menunjukkan tiada niat menjaga, pertimbangan dan tanggungjawab demi mendapatkan kandungan video."

FAA juga mendakwa Jocob tidak melaporkan masalah yang dimaklumkan kepada pengawal trafik penerbangan, dan tidak cuba menghidupkan kembali enjin pesawat yang kononnya bermasalah. Mereka juga mendakwa Jacob ada banyak peluang untuk meluncurkan pesawatnya ke beberapa lapangan terbang berdekatan walaupun enjin pesawatnya betul-betul rosak.

Tambah lagi, Jacob bertindak mencari semula bangkai pesawat tersebut dan cuba dilupuskan selepas mengambil semula kamera yang dipasangkan. Laporan FAA itu diakhiri  komen;

Aksi anda sudah merosakkan harta benda dan membahayakan pihak lain."

Namun, FAA tiada kuasa menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap Jacob. Sebaliknya, dapatan laporan itu membolehkan beberapa pihak berkuasa mengambil tindakan jenayah atas tuduhan menerbangkan pesawat secara melulu, merosakkan harta benda, membahayakan nyawa lain dan merosakkan kawasan hutan simpan yang juga kawasan konservasi burung kondor terancam, selain berisiko menyebabkan kebakaran hutan.

Video itu mendapat 1.89 juta tontonan dengan 20,000 reaksi, tetapi ruangan komen sudah ditutup.

BACA >>> MAS Mohon Maaf Isu Penyaman Udara, Penumpang Pindah Pesawat Lain
BACA >>> Pesawat Angkasa China Tidak Perlu Bantuan Roket, Boleh Berlepas Dari Lapangan Terbang

Related

280
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Badan Pentadbiran Penerbangan Kebangsaan Amerika Syarikat (FAA), Taylorcraft (1946), YouTuber

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev