• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Masalah Nat Brek Longgar: Triumph Panggil Balik Speed Triple RR, RS (2022)

Masalah Nat Brek Longgar: Triumph Panggil Balik Speed Triple RR, RS (2022)

April 22, 2022 By Shawkath Leave a Comment

297
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEBIH 900 unit Triumph Speed Triple RR danTriumph Speed Triple RS (2022) dipanggil balik kerana masalah nat longgar pada cakera brek belakang.

Berdasarkan dokumen panggilan balik, masalah berpunca dari bentuk bebenang skru pada gandar belakang yang boleh menyebabkan nat longgar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Mudah Atasi Masalah Grip Hendal Motosikal Longgar

Triump mengenal pasti masalah itu ketika melakukan ujian motosikal dan apabila melepasi jarak 20,000 batu (32,000km), salah satu daripada empat nat model itu didapati longgar.

Satu siasatan lanjutan dibuat bersama pembekal gandar belakang untuk mencari punca sebenar masalah tersebut dan didapati ia berpunca daripada bentuk bebenang skru tidak sesuai dengan bahan pengikat nat (threadlocking compound).

Panggilan balik dibuat disebabkan nat longgar pada brek cakera belakang itu mungkin tertanggal dan berlaku kontak dengan komponen lain serta berisiko menghalang tayar berpusing bebas.

Pengedar Triumph akan menggantikan nat brek cakera belakang secara percuma. Surat panggil balik juga akan mula dikirim bermula 29 April ini. Pendedahan itu dibuat menerusi makluman kepada pihak Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) di Amerika Syarikat.

BACA >>> Ikat Skru Tidak Ikut Spesifikasi, Bugatti Panggil Balik Seunit Chiron di Amerika
BACA >>> Masalah Hon: Kawasaki Panggil Balik Lebih 1,600 Unit W800 Di Amerika Syarikat
BACA >>> Isu Enjin Mati Mengejut, Honda Itali Panggil Balik Skuter Forza 750, NC750X dan X-ADV

SUMBER: Asphalt & Rubber

Related

297
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kempen Panggilan Balik, PENTADBIRAN Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), roda2, Triumph Speed Triple RR, Triumph Speed Triple RS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my