INDONESIA tidak lagi melarang penduduk republik itu balik kampung (mudik lebaran) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 seperti dikuatkuasakan sejak dua tahun lalu bagi menghalang penularan wabak Covid-19.
Keputusan itu pastinya dinantikan rakyat negara itu yang majoriti beragama Islam. Kini, dua kawasan dijangka sesak teruk berikutan pergerakan trafik tinggi, iaitu di Jogjakarta dan Solo.
BACA >>> Indonesia Benarkan Rakyat Balik Kampung Beraya dengan SOP Ketat
Pengendali Lebuh Raya Trans Jawa baru-baru ini mengumumkan bayaran tol perjalanan kepada penduduk Jakarta yang mahu pulang ke Jogjakarta dan Solo. Hanya transaksi elektronik dibenarkan kepada pengguna lebuh raya. Berikut kadar bayaran tol dikenakan dari Jakarta ke Solo atau Jogjakarta untuk kenderaan Kelas 1:
- Jakarta-Cikampek (Japek): Rp20,000 (RM6)
- Cikopo-Palimanan (Cipali): Rp119,000 (RM35.50)
- Palimanan-Kanci (Palikanci): Rp12,500 (RM3.70)
- Kanci-Pejagan: Rp29,500 (RM8.80)
- Pejagan-Pemalang: Rp60,000 (RM17.90)
- Pemalang-Batang: Rp45,000 (RM13.40)
- Batang-Semarang: Rp86,000 (RM25.70)
- Semarang ABC: Rp5,500 (RM1.60)
- Semarang-Solo: Rp75,000 (RM22.40)
Kiraan tol itu adalah untuk perjalanan Jakarta-Jogja atau Solo mengikut kenderaan Kelas I seperti kereta sedan, bas mini, jip, trak pikap dan lori kecil, serta bas. Jarak perjalanan Jakarta ke Jogjakarta adalah kira-kira 560km yang mengambil masa lebih kurang 7-8 jam.
Ini bermakna pengguna lebuh raya perlu ada baki wang elektronik Rp452,500 (RM135) untuk perjalanan Jakarta-Jogja atau Solo.
Sebagai perbandingan, jarak sejauh itu adalah seperti memandu dari Seremban, Negeri Sembilan ke Kangar, Perlis dengan kos tak sampai pun RM100. Siapa cakap tol Malaysia mahal? 😆🤗😜
BACA >>> Petani Ubah Suai Motor Jadi Traktor Bajak
BACA >>> Syarikat Start-Up Afrika Dedah Konsep Teksi Udara Gaya Burung Besi Gergasi
BACA >>> Penjara 3 Bulan, Denda Jika Hisap Rokok Sambil Menunggang Motosikal di Indonesia
SUMBER: Kompas
Leave a Reply