• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Super Cub 110 Pro (2022) dengan Enjin Baharu Bakal Lancar di Jepun, Harga RM11.5k!

Honda Super Cub 110 Pro (2022) dengan Enjin Baharu Bakal Lancar di Jepun, Harga RM11.5k!

April 20, 2022 By Shawkath Leave a Comment

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Jepun merancang melancarkan Super Cub 110 Pro (2022) dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan, termasuk enjin baharu.

Kapcai ikonik itu ditawarkan untuk pasaran Jepun bermula 19 Mei depan dalam jumlah pengeluaran 1,700 unit sahaja pada harga asas, termasuk cukai 346,500 yen (RM11,530).

BACA >>> KPN Saran Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi
BACA >>> Idea Haramkan Kapcai Berprestasi Tinggi Ibarat Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar

Berikut perincian Super Cub 110 Pro (2022):

  • Hanya satu warna ditawarkan, Seychelles Night Blue (biru).
  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 109cc OHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 7.9hp @ 7,500rpm, dan tork 8.8Nm @ 5,500rpm.

BACA >>> Durian Runtuh, Lelaki Ini Dapat Jual Yamaha RX-Z ‘Biru Bohjan’ RM60k!

Honda Super Cub 110 Pro - 1
Honda Super Cub 110 Pro - 3
  • Enjin kini memiliki lejang lebih panjang untuk daya tork lebih baik. Sistem ekzos juga diperbaharui supaya patuh piawaian emisi karbon di Jepun, manakala sistem transmisi jenis automatik 4-kelajuan.
  • Rim aloi 14 inci dibalut tayar tiubles 70/100 (depan) dan 80/100 (belakang).

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Rim SpinForged Yamaha Dibuat?

Honda Super Cub 110 Pro - 8
Honda Super Cub 110 Pro - 0
  • Sistem brek cakera tunggal (dengan kowl khas) di depan, dan brek dram di belakang. Juga diberikan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal.
  • Panel meter kombi analog dan digital dengan skrin kecil bawah spidometer analog yang memaparkan maklumat posisi gear, jam, purata penggunaan petrol dan jarak tunggangan.

  • Ada bakul khas di depan untuk simpan barang, termasuk rak khas menggantikan pelana pembonceng.
  • Lampu utama diposisikan di depan bakul depan, manakala lampu signal belok diletakkan di bawah sebelah kiri dan kanan bakul. Panel kepala cuma ada lampu posisi kecil.
  • Berat 111kg, kapasiti tangki minyak 4.1 liter dan tinggi pelana 740mm.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Mitos Jimat Minyak yang Boleh Diikut, Tapi Jangan Percaya Sangat
BACA >>> Sweden Setuju Naikkan Semula Had Laju kepada Asal

Honda Super Cub 110 Pro - 6
Honda Super Cub 110 Pro - 1
Honda Super Cub 110 Pro - 3
Honda Super Cub 110 Pro - 4
Honda Super Cub 110 Pro - 0
Honda Super Cub 110 Pro - 9
Honda Super Cub 110 Pro - 7
Honda Super Cub 110 Pro - 8

SUMBER: Honda.co.jp

Related

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: honda cub, Honda Japan, Honda Super Cub 110 Pro (2022), Kapcai, Kapcai 110cc, Moped, roda2, underbone

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev