• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha XSR125 Legacy Edition (2022) Gaya Jentera Lumba Retro, Harga RM27.5k

Yamaha XSR125 Legacy Edition (2022) Gaya Jentera Lumba Retro, Harga RM27.5k

April 20, 2022 By Shawkath Leave a Comment

227
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA memperkenalkan XSR125 Legacy Edition (2022) untuk pasaran Eropah, dibangunkan berasaskan model sedia ada dengan mendapat kemasan warna badan baharu, rim jejari (spoked) dan tayar besar Metzeler Karoo pada harga £4,950 (RM27,550).

Dijadualkan di pasaran Jun ini, model edisi Legacy ini dijana trenkuasa silinder tunggal 125cc penyejukan cecair dengan teknologi VAA berkuasa 14.8hp @10,000rpm dan tork 11.5Nm @ 8,000rpm, yang juga prestasi sama sepertmo MT-125. Rekabentuk motosikal bergaya 70-an mirip RD350LC.

BACA >>> Yamaha RD500LC (1985) 2-Lejang V4 Berjaya Dilelong, Harga RM77.6k!

Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 8
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 9

Perubahan paling ketara ialah cat Legacy dengan strip emas dan perak, manakala warna badan hitam seperti jentera lumba JPS Lotus Formula One (F1) era 1970-80-an.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Belakang, Brek Mesti Warna Merah?

Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 5
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 0
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 1
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 3

Rim jejari 17 inci emas menggantikan rim aloi hitam yang ada pada model standard. Rekabentuk keseluruhan model Legacy diilhamkan daripada jentera lumba Yamaha sekitar 1960-70-an

Tayar Metzeler Karoo dengan bunga dadu menggantikan tayar IRC standard, manakala sispensi menggunakan fork terbalik (USD) 37mm dan monoshock. Lampu depan jenis LED.

BACA >>> Kenali Jenis-Jenis Tayar - Lain Paten Bunga, Lain Prestasi

Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 7
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 6
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 2
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 10

Pelengkap XSR125 Legacy Edition (2022) ialah penutup mufler aluminium menggantikan komponen asal hitam. Tambahan lain ialah braket aluminium.

Yamaha juga menawarkan beberapa aksesori tambahan seperti sistem ekzos Akrapovic, pad tangki minyak, visor angin dan beg barang.

BACA >>> Warna Matte Green untuk Yamaha XSR 155 (2021) di Indonesia, Harga RM10.6k
BACA >>> Yamaha XSR125 (2021) Lancar di UK, Harga RM25.9k
BACA >>> #ApaNakBuat: Kereta Tenggelam Banjir, Apakah Langkah Perlu Dilakukan?

Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 9
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 8
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 7
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 6
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 5
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 4
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022)
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 0
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 1
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 2
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 3
Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022) - 10

SUMBER: MCN

Related

227
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: JPS Lotus Formula One (F1), Roadster 155cc, roda2, Yamaha Eropah, Yamaha RD350LC, Yamaha XSR125 Edisi Legacy (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev