BERITA gembira buat orang Sabah dan Sarawak yang mahu pulang ke kampung beraya kerana tiket penerbangan sehala untuk kelas ekonomi dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak mengalami penurunan harga menjelang Aidilfitri tahun ini, bermula 27 April hingga 8 Mei.
Penurunan harga itu berikutan kesepakatan dicapai Kerajaan yang berbincang isu tambang tiket tinggi ke dua negeri berkenaan dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan syarikat penerbangan domestik.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, baru-baru ini. Beliau berkata;
Berdasarkan pemerhatian MAVCOM pada 16 April, harga tambang penerbangan sehala kelas ekonomi bagi tempoh pemerhatian (27 April hingga 8 Mei) adalah antara RM105 dan RM1,398, manakala 29 April hingga 1 Mei (tempoh puncak), harga tambang sehala antara RM195 dan RM1,398.
"Daripada julat harga tambang tersebut, majoriti harga tiket penerbangan tersedia untuk pembelian bagi semua laluan ekonomi sehala ke Sabah dan Sarawak pada tempoh yang dipantau hanya antara RM300 ke RM500."
Menurutnya lagi, harga itu berbeza sebelum dan pada 14 April lalu yang mana julat harga tambang penerbangan sehala bagi kelas ekonomi untuk tempoh tersebut antara RM105 dan RM2,084, manakala harga tempoh puncak antara RM195 hingga RM2,084. Justeru, daripada julat harga tambang itu, majoriti harga tiket penerbangan ekonomi sehala antara RM700 ke RM1,200.
Ka Siong turut menggesa pengguna yang mahu pulang beraya mengambil peluang penurunan harga itu dengan segera membeli tiket penerbangan dan merancang perjalanan sebaiknya.
BACA>>> MAS Tawar Diskaun Tiket Penerbangan Hingga 45 Peratus!
BACA>>> Penduduk Semenanjung, Sabah Boleh Balik Raya Haji, Sarawak Kena Minta Izin Polis
Leave a Reply