• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / DEUS Vayanne - Hypercar EV dari Austria yang Mampu Capai 0-100kmj Bawah 1.99 Saat!

DEUS Vayanne - Hypercar EV dari Austria yang Mampu Capai 0-100kmj Bawah 1.99 Saat!

April 20, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERNAH dengar syarikat DEUS Automobiles? Syarikat ini baru sahaja ditubuhkan di Vienna, Austria pada 2020 dan mahu menghasilkan kereta elektrik (EV) dengan kuasa luar biasa. Caranya, bekerjasama dengan dua syarikat hebat dan berpengalaman, iaitu Italdesign dan Williams Advanced Engineering.

Apa DEUS mahu lakukan adalah menghasilkan EV pertama dalam sejarah automotif yang berkuasa lebih 2,200hp dengan pemanduan selesa dan mewah serta boleh digunakan setiap hari dalam kelas hypercar.

BACA >>> China Hasilkan Hypercar Hibrid Hongqi S9, 0-100kmj Sepantas 1.9 Saat
BACA >>> Farnova Othello - Hypercar Elektrik China 1,810hp! Sepantas 420kmj, Harga RM1.2j!

Apa yang dapat dijangka daripada Vayanne ini?

  • Mampu meledakkan kuasa lebih 2,200hp atau 1,640kW dengan tork lebih 2,000Nm dan kelajuan maksimum lebih 400kmj.
  • Pecutan 0-100kmj dijangka dicapai bawah 1.99 saat dan semua angka tersebut tidak mustahil dicapai kerana Vayanne digerakkan nadi elektrik.
  • Rekabentuk Vayanne tidak terlalu ekstrem jika dibandingkan kuasa. Model EV ini direka untuk tampil malar segar (timeless) yang berpaksi pada garisan dan ciri rekabentuk simetri serta geometrik.
  • Gril depan dibuat dalam bentuk pusingan infiniti dan paling menyerlah adalah bahagian belakang dengan nyalaan lampu bersambung.
  • Bahagian dalam menampilkan butang fizikal dalam posisi ergonomik supaya mudah digunakan yang membolehkan pemandu fokus kepada pemanduan.
  • Mengenai teknikal, DEUS belum mendedahkan butiran bateri, kuasa dan juga jarak gerak. Dengan kuasa luar biasa, nadi tersebut pasti bukan biasa-biasa.
  • Pemilihan nama Vayanne memiliki persamaan nama bandar Vienna di Austria.
  • Hanya dikeluarkan 99 unit sahaja dan penghantaran pertama dijadual bermula 2025.

BACA >>> Aznom Palladium - Limosin Hiper Edisi Terhad dengan Enjin 700hp, 950Nm!
BACA >>> Aston Martin Valkyrie - Kereta Hiper Enjin NA Cosworth V12 Berkuasa 1,160hp!

DEUS Vayanne.01
DEUS Vayanne.02
DEUS Vayanne.03
DEUS Vayanne.04

Related

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: DEUS, DEUS Automobiles, DEUS Vayanne, Italdesign, Williams Advanced Engineering

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev