• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lepas RON95, Pemandu Singapura Kantoi Pula Curi Cas Kereta Elektrik di Shell Recharge

Lepas RON95, Pemandu Singapura Kantoi Pula Curi Cas Kereta Elektrik di Shell Recharge

April 18, 2022 By Farah Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BELUM reda isu warga Singapura mengisi petrol RON95 yang disubsidikan untuk rakyat Malaysia, kini tular pula cerita pendudukan negara jiran itu mencuri elektrik di stesen pengecas pantas (DC) Shell Recharge, Tangkak, Johor.

Insiden itu dimuat naik bos besar Shell, Shairan Huzani, juga popular dengan nama 'Pakcik Shell' dalam akaun Instagram miliknya.

BACA >>> Penunggang Terpelanting Langgar Kereta Nak Masuk Shell, Netizen Gaduh Cari Siapa Salah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Dalam foto itu, seorang pemandu dilihat menggunakan fasiliti disediakan Shell itu untuk mengecas van elektrik buatan China BYD T3 yang bukan dalam parkir khas disediakan.

Ini kerana pemilik yang mahu menggunakan fasiliti Shell Recharge perlu membayar terlebih dahulu menggunakan aplikasi ParkEasy sebelum pengadang di petak parkir dapat diturunkan.

Melihat cara van elektrik itu diparkir dengan penghadang masih tegak, jelas menunjukkan pemandunya mengecas secara curi.

Tak bayar, park in between 2 petak, dapat la cas free," kata thezuel.

"Kiasu punya perangai. Datang dari sebuah republik yang mempunyai tahap pendidikan antara terbaik di dunia," kata iamdzulfahmy.

Jika difikirkan, bayaran perkhidmatan itu tidaklah mahal, cuma RM4 untuk yuran pengesahan, dan RM20 per 5 minit cas untuk 25 minit pertama. Selepas tempoh itu, bayaran dikenakan RM20 bagi setiap blok selama lima minit.

Sebagai makluman, pemilik EV boleh mengecas bateri kenderaan elektrik (EV) masing-masing dari 0-80 peratus dalam tempoh 30 minit saja mengikut model dan kapasiti EV menggunakan pengecas DC 180 kW di Shell Recharge.

Bayangkan kalau ditukar kepada mata wang Singapura, berapalah sangat ringgit Malaysia yang perlu dia bayar. Kepada sesiapa pemilik kenderaan EV, tolong jangan tiru aksi itu. Apa guna beralih ke kenderaan moden tetapi otak masih ditakuk lama.

BACA>>> Kementerian Siasat Foto Tular Pemandu Singapura Isi Petrol RON95
BACA>>> Terminal Pengecas Berprestasi Tinggi EV Ada Di Stesen Shell Tangkak

SUMBER: Paultan,org

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bateri EV, Curi Cas EV, Curi Pengecas EV, Shell, Shell Recharge, Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my