• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Kisah di Sebalik T-Series, Model Bentley Pertama dengan Casis Monokok

#RetroAuto: Kisah di Sebalik T-Series, Model Bentley Pertama dengan Casis Monokok

May 16, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR automobil dengan usia puluhan atau lebih 100 tahun menempuhi pelbagai era rekabentuk. Masing-masing boleh dihimpunkan dalam kategori vintaj, antik, klasik dan moden. Antara pengeluar yang melalui zaman tersebut ialah Bentley dengan sejarah 103 tahun.

Satu daripada model penting Bentley ialah T-Series yang memulakan era casis monokok. Bentuknya juga melambangkan era 60-an yang kali pertama ditayangkan sempena Pameran Motor Paris pada 5 Oktober 1965.

Dengan sejarah dan momen penting dipegang, ada sebuah T-Series tersimpan dalam stor yang puluhan tahun tidak pernah menjejak jalan raya. Unit itu kini sedang dibaik pulih dan dijangka siap sepenuhnya pada 2023.

Apa yang menarik? Berikut fakta penting mengenai T-Series:

  • Kerja merekabentuk Bentley dengan casis monokok pertama dimulakan pada 1958.
  • Bentley sebelum itu dikenali sebagai pembuat badan dengan casis berasingan. Perubahan cita rasa dan keperluan memerlukan Bentley beralih ke peringkat seterusnya.
  • Pelanggan juga mahukan Bentley dengan luaran lebih kecil, tetapi mengekal aspek ruang, kemewahan dan keselesaan.

  • Menjelang 1962, John Blatchley, yang terkenal dengan rekabentuk R-Type Continental menyiapkan rekabentuk luaran badan kereta daripada besi dan monokok aluminium.
  • Dipasangkan enjin V8 baharu, tujuh prototaip menjalan ujian termasuk enduran lebih 160,000km.
  • Antara inovasi dilakukan ialah subfrem berasingan untuk enjin dan transmisi, suspensi, stereng dan cagak (bushing) subfrem getah Vibrashock yang dihasilkan untuk mengatasi masalah bunyi dan getaran jalan raya.
  • Casis dengan suspensi bebas untuk keempat-empat roda dan fungsi kawalan tinggi automatik mengikut beban.
  • Komponen suspensi terdiri daripada unit  double-wishbones dan spring di depan, serta lengan semi-trailing di belakang.
  • Menjadi model revolusi kejuruteraan dan prestasi cemerlang pada era itu dengan kelajuan maksimum 185kmj dan pecutan 0-100kmj sepantas 10.9 saat.

  • Enjin 6250cc V8 berkuasa 225hp direka dan diperkenalkan pada 1959 untuk Bentley S2.
  • Enjin dibuat dengan over-engineered dan terus ditambah baik yang digunakan 50 tahun berikutnya.
  • Pada 2019, enjin itu mencapai kuasa lebih dua kali ganda dan tork tiga kali ganda, dengan 99 peratus penurunan emisi berbanding versi asal.
  • 1,868 unit dihasilkan dengan model 2-pintu dikeluarkan pada 1966, dan disusuli model konvertibel pada tahun berikutnya.
  • Model generasi kedua, T2 dilancarkan pada 1977 dan dikeluarkan hingga 1980.

Berikut kisah T-Series dalam proses baik pulih:

  • T-Series ialah unit paling lama, dikeluarkan pada 28 September 1965 dengan identiti VIN 001.
  • Dimiliki Bentley Motors dan digunakan untuk pelbagai ujian serata dunia.
  • Berwarna Shell Grey dengan kemasan kabin Blue Leather.

  • Enjin kali pertama dihidupkan paling kurang dalam tempoh 15 tahun.
  • Enjin dan transmisi masih dalam kondisi baik.
  • Pada Oktober 2016, sekumpulan pelatih memulakan kerja membaik pulih. Bagaimananpun, kerja baik pulih itu ditangguhkan bagi mengutsamakan model lain dan program elektrifikasi.
  • Selepas siap dengan tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan, unit tersebut akan dihimpunkan dalam Koleksi Warisan Bentley.

BACA >>> Bentley GT Mulliner Blackline - Pakej Gaya Misteri dengan Enjin 6.0L Turbo Kembar!
BACA >>> Bentley Home Newent Collection - Harga Perabot Jenama Mewah Ini Lebih RM50k!

Bentley T1.01
Bentley T1.02
Bentley T1.03
Bentley T1.04
Bentley T1.05
Bentley T1.06
Bentley T1.07
Bentley T1.08
Bentley T1.09
Bentley T1.10
Bentley T1.11
Bentley T1.12

Related

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Bentley, Bentley T-Series, John Blatchley, Retro Auto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev