• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Tak Berbaju Diseret Myvi Cuba Masuk Kereta Selamatkan Diri

Lelaki Tak Berbaju Diseret Myvi Cuba Masuk Kereta Selamatkan Diri

April 18, 2022 By Farah Leave a Comment

277
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR sejak semalam rakaman video sebuah Perodua Myvi mengheret seorang lelaki tidak berbaju beberapa meter di Lebuhraya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, pada Sabtu kira-kira jam 2.12 malam.

Dalam video itu, lelaki tidak berbaju tersebut dilihat berpaut pada hendal pintu sebelum diheret sebuah Perodua Myvi merah yang tiba-tiba bergerak laju dan menukar lorong.

Video tersebut mengejutkan ramai netizen yang mempersoalkan tindakan pemandu Myvi itu.

Sementara itu, siasatan polis mendapati lelaki diseret tersebut ialah pejalan kaki warga China yang mendakwa diancam orang awam kerana terlibat kemalangan empat kenderaan.

Disebabkan risau keselamatan diri, dia cuba masuk ke dalam Myvi merah yang kebetulan lalu di kawasan kemalangan.

Pejalan kaki itu kemudian dibawa polis dan ditahan untuk siasatan lanjut atas dakwaan diancam orang awam.

Polis turut mengulas mengenai kemalangan empat kenderaan melibatkan dua kereta, iaitu Proton Exora dan Toyota Vios, termasuk dua motosikal dan seorang pejalan kaki.

Dalam insiden jam 2. 15  pagi itu, seorang lelaki dilaporkan melintas jalan hingga menyebabkan pemansu Exora di lorong tengah membrek mengejut. Pada masa sama datang pemandu Vios dari belakang, tetapi mujurlah sempat berhenti.

Bagaimanapun, tiba-tiba muncul sebuah motosikal dari belakang yang tidak sempat mengelak dan melanggar Vios sebelum terbabas melanggar Exora. Kemudian, sebuah lagi motosikal datang dari arah sama merempuh motosikal pertama yang terbabas tadi.

Nahas itu menyebabkan penunggang motosikal jenis Yamaha mengalami luka  muka, manakala seorang lagi penunggang patah kaki kiri. Kedua-dua pemandu tidak mengalami kecederaan.

BACA>>> Pejalan Kaki Dilanggar Rider: Sudahlah Sakit, Tak Pasal Kena Saman Pula
BACA>>> Parkir Lama Bawah Matahari, 'Cover Dashboard' Alza Terbakar

SUMBER: FreeMalaysianToday!

Related

277
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Myvi, myvi seret orang, seret orang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev