• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Apakah Minuman Paling Sesuai Kekal Segar, Berjaga ketika Memandu?

#ApaNakBuat: Apakah Minuman Paling Sesuai Kekal Segar, Berjaga ketika Memandu?

May 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

715
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU trak profesional kadangkala perlu bekerja syif lewat malam atau dalam tempoh masa lama seharian, termasuk pemandu biasa. Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk tidak terlelap atau kekal sedar?

Kebiasaannya, pemandu trak ada cara tersendiri untuk terus berjaga sepanjang pemanduan. Sama ada menyanyi sekuat hati, buka tingkap untuk mendapatkan udara lebih segar atau beberapa taktik luar biasa. Bagaimanapun, ada satu perkara sinonim dengan kebanyakan pemandu trak iaitu, minum ‘minuman bertenaga’.

BACA >>> Nak Buang Air Besar, Tapi Lebuh Raya Sesak Teruk, Pemuda Ini Nekad Jalan Kaki 5km!

Jadi, apakah minuman bertenaga terbaik?

1. KOPI

  • Ini antara minuman popular yang mampu memberikan tenaga dan juga manfaat kesihatan lain. Kopi jadi pilihan paling popular kerana murah dan mudah didapati.
  • Bagaimanapun, anda perlu berjaga-jaga supaya jangan berlebihan mengambil kopi atau espresso. Ini kerana lebihan kafein boleh membawa kesan buruk seperti penurunan tenaga mendadak.
  • Ingat, minumlah secara sederhana dan pastikan memilih makanan seimbang dan sihat untuk mengimbangi keperluan badan.

2. MINUMAN TENAGA (ENERGY DRINK)

Sebenarnya, minuman tenaga seperti Monster, Red Bull, Rockstar dan pelbagai jenama lain ialah produk dengan kandungan gula tinggi. Jadi tidak hairan ia mampu memberikan tenaga serta-merta selepas diminum.

Memang kerap kita dengar jenama minuman tenaga mengadakan kempen pemasaran yang mendakwa produk mereka sihat dan selamat, tetapi faktanya ia mengandungi bahan tidak menyihatkan. Walaupu kita mungkin rasa lebih bertenaga selepas meneguk minuman tersebut, tetapi ia juga memberikan kesan sampingan berbahaya seperti:

  • Resah
  • Gementar
  • Insomnia
  • Pening
  • Sakit kepala

Minuman tenaga juga boleh menyebabkan kehilangan tenaga mendadak disebabkan anjakan tenaga dalam badan. Malah, mungkin lebih teruk berbanding sebelum meneguk. Jika perlu memilih, belilah yang mengandungi kandungan gula rendah atau tanpa gula. Ingat, jangan minum berlebihan!

3. AIR KOSONG

Mungkin ramai tidak tahu cara terbaik kekal berjaga ketika memandu adalah kerap minum air kosong. Bukan sekadar mengelakkan tubuh ternyahhidrat, air juga menjadi pemangkin tenaga sebenar. Malah, inilah minuman paling sesuai.

Ini kerana minuman berkafein tinggi boleh memberikan kesan sampingan. Justeru air kosong adalah pilihan terbaik. Tidak salah mengambil kopi, atau minuman tenaga, tetapi pastikan jangan melebihi dos kafein harian disyorkan doktor.

BACA >>> Nissan Perkenal Teknologi Kesan-Peluh, Atasi Masalah Pemandu Kurang Minum Air
BACA >>> Memandu Sambil Minum Kopi Pun Boleh Kena Saman di UK! (Bersyukurlah)

SUMBER: UnitedTruckSchool

Related

715
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, Minuman Elak Mengantuk, Minuman Kekal Berjaga, Minuman Ketika Memandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my