APABILA bercakap mengenai sistem lebuh raya Jerman, perkara pertama terlintas adalah tiada sekatan halaju. Secara amnya, hampir separuh jarak laluan 13,000km di Autobhan memiliki halaju, manakala baki selebihnya had laju disyorkan, iaitu 130kmj.
Kadar minimum halaju 60kmj yang dikuatkuasakan sebagai strategi memastikan kenderaan perlahan tidak memasuki laluan lebuh raya.
BACA >>> #TahukahAnda: 8 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Lebuh Raya Autobahn di Jerman
Seksyen tanpa had laju pula bertujuan menarik kehadiran pemilik kenderaan serata dunia yang mahu menikmati pemanduan laju. Bagaimanapun, kelajuan tidak hadir tanpa risiko kerana bukan semua orang menganggap laluan itu perlu dibiarkan tanpa pengawasan.
Beberapa tahun lalu, Kesatuan Eropah (EU) menggesa Jerman mengenakan kawalan had laju di lokasi tanpa sekatan dengan alasan langkah itu dapat meningkatkan keselamatan dan mengurangkan emisi karbon.
Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) di Berlin, Verkehrshclub Deutschland (Kelab Trafik Jerman) turut mengulangi desakan mengawal kelajuan dalam usaha mengurangkan ratusan kematian akibat nahas jalan raya dan kecederaan setiap tahun.
Kem yang menyokong tanpa had laju pula membandingkan rekod keselamatan dengan negara EU yang menguatkuasakan had laju. Berikut data perbandingan menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2007:
- Kemalangan maut nahas jalan raya di Jerman adalah sekitar enam kematian untuk setiap 100,000 orang.
- Austria memiliki kadar 8.3 kematian setiap 100,000 orang.
- Perancis pula 7.5 kematian setiap 100,000 orang.
- Switzerland dengan 4.9 kematian setiap 100,000 orang.
KESELAMATAN DI AUTOBAHN
Jerman sebenarnya ada mengambil langkah mengawal keselamatan lebuh raya. Malah Autobahn juga ada pasukan polis khas sendiri dipanggil Autobahnpolizei, yang mana setiap anggota menjalani latihan intensif dengan kerap menggunakan simulator pemanduan kelajuan tinggi untuk mempelajari cara navigasi di Autobahn dan mengejar pesalah lalu lintas.
Autobahnpolizei juga memandu kereta dan motosikal polis khas buatan BMW, Mercedes Benz dan Audi. Ada juga kenderaan penguat kuasa seperti orang awam untuk rondaan memburu pemandu berbahaya.
Dalam erti kata lain, Autobahn dibina dengan menekankan aspek keselamatan tinggi. Permukaan jalan raya juga lebih tebal berbanding lebuh raya biasa antara 55sm hingga 85sm, iaitu dua kali ganda berbanding lebuh raya biasa di negara maju.
Spesifikasi tinggi itu membolehkan laluan tersebut menampung jumlah kenderaan berat yang memandu pada kelajuan tinggi. Selain itu, binaan Autobahn turut mengehadkan sudut cenuram dan permukaan landai yang memudahkan pemandu memandu laju.
BACA >>> Tandas Autobahn Pun Kena Bayar, Tapi Tandas Berbayar Malaysia Siap Nampak Tahi Terapung
Apabila melihat tanda ‘pembatalan halaju’, itu petunjuk pemandu boleh menekan pedal minyak rapat ke lantai, tetapi dengan menimbangkan beberapa peraturan seperti:
- Laluan kiri hanya untuk memotong (sistem pemanduan di Jerman adalah pemanduan sebelah kiri, LHD). Pengguna dilarang sama sekali menggunakan laluan kanan untuk memintas kenderaan lain di Jerman.
- Bahu laluan adalah untuk kecemasan sahaja, dan menjadi satu kesalahan jika berhenti tanpa sebab kecemasan.
- Tayar kenderaan perlu memiliki rating yang sesuai dengan halaju maksimum kenderaan.
- Jika menyewa kereta dengan tayar musim sejuk, pengguna perlu meminta kedai sewa kenderaan itu mendapatkan pelekat khas memandu di Autobahn.
BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Banyak Negara Tidak Benarkan Motosikal Guna Lebuh Raya?
BACA >>> China Bina Lebuh Raya Super, Boleh Cas EV Sambil Memandu
BACA >>> Berhenti di Lebuh Raya 'New Zealand Malaysia' Boleh Denda RM2k, Jel 6 Bulan
SUMBER: BBC
Leave a Reply