SEMUA orang yang mahu bawa kereta di mana-mana negara dunia ini wajib memiliki lesen memandu sah sebagai bukti lulus ujian memandu dengan mengikut peraturan ditetapkan Kerajaan masing-masing. Di Malaysia, kita perlu mendapatkan lesen memandu menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Selain itu, lesen memandu juga dianggap langkah Kerajaan mengurangkan kemalangan jalan raya dan hanya pemandu dengan ilmu pemanduan yang betul saja dibenarkan memandu kenderaan atas jalan raya.
BACA >>> #SembangDeras: Trend Pelekat Lucah, Pemandu Tak Rasa Malu Ke?
Perkara asas diketahui umum, individu seawal usia 16 tahun sudah boleh mengambil lesen motosikal, manakala lesen kereta dikhaskan kepada individu berusia 17 tahun ke atas.
Namun tahukah anda, Malaysia mempunyai enam jenis lesen memandu yang ditetapkan mengikut tahap kelayakan pemandu dan kegunaan kenderaan. Berikut enam jenis lesen memandu negara kita:
Lesen Memandu Pelajar (LDL)
Lesen LDL dikenali sebagai lesen L dan diberikan kepada pelajar sekolah memandu. Dengan memiliki lesen ini, individu itu dapat mengendalikan kenderaan dengan plat L dari sekolah memandu di bawah seliaan pengajar sekolah memandu.
Tempoh sah lesen L adalah dua tahun bermula tarikh dikeluarkan. Jika tidak diperbaharui dalam masa dua tahun selepas tamat tempoh, individu tersebut perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu daripada mula.
Lesen Memandu Percubaan (PDL)
Lesen PDL ialah lesen percubaan, atau dipanggil lesen P. Lesen ini diberikan kepada pemandu baharu yang sudah lulus semua prosedur, termasuk ujian JPJ. Selepas dua tahun, lesen ini akan dinaik taraf kepada lesen kompeten penuh.
Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Ini lesen memandu penuh yang diberikan selepas dua tahun memmiliki lesen tempoh percubaan (lesen P). Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibatalkan JPJ jika pemandu digantung lesen tiga kali dalam tempoh lima tahun. Lesen memandu ini boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun.
Lesen Memandu Vokasional (GDL, PSV Dan Konduktor)
Ini lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan komersial seperti bas dan lori yang dikeluarkan bersama JPJ dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
Lesen memandu antarabangsa ini membolehkan pemandu Malaysia memandu ke luar negara. Permohonan IDP boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan, atau pejabat Persatuan Automobil Malaysia (MAA).
Kelayakan memohon lesen jenis ini adalah perlu memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang masih berkuat kuasa lebih setahun, dan tidak disenaraihitamkan. Tempoh IDP cuma setahun sahaja.
Lesen Memandu untuk Orang Kurang Upaya Kelas A dan Kelas A1
Lesen ini dikeluarkan kepada golongan orang kurang upaya (OKU). Keistimewaannya, pemegang lesen ini boleh menggunakan kenderaan diubah suai mengikut spesifikasi keperluan mereka.
BACA>>> Pemandu Civic Tiada Lesen Rempuh Kereta Milik Polis, Pesara Tentera, Termasuk Motosikal
BACA>>> PPDM Usul Cadangan Lesen Tunggal untuk Semua Kelas Motosikal
Leave a Reply