UMW Toyota Motor mencatatkan pertumbuhan positif sepanjang bulan lalu dengan jualan 8,386 unit kenderaan Toyota dan 101 unit Lexus.
Jumlah jualan terkumpul dua jenama tersebut sepanjang tempoh tiga bulan lalu ialah 22,447 unit. Berikut perinciannya:
- Jualan terkumpul Toyota dan Lexus pada Februari ialah 6,432 unit, dan Mac (8,487 unit).
- Lexus merekodkan jualan 101 unit kenderaan sepanjang Mac, dan 66 unit sepanjang Februari tahun ini.
- Toyota menjual 8,386 unit (Mac 2022), berbanding 6,366 unit (Februari 2022), meningkat 32 peratus.
- Peningkatan jualan dipacu promosi Mac yang menawarkan pelbagai ganjaran dan nilai tambah kira-kira RM4,000 untuk dua model paling laris, Vios dan Yaris.
UMW Toyota Motor kini mendahului saingan segmen bukan nasional dan dijangka mengekalkan kedudukan dengan pelancaran produk baharu menjelang akhir tahun ini. Mengulas cabaran masalah bekalan komponen global, Presiden UMW Toyota, Ravindran K berkata;
Kami konsisten membuat penilaian semula dan menyesuaikan diri dengan perubahan situasi serta keadaan tidak menentu. Toyota sudah dikenali dengan kecekapan aspek pengurusan rantaian bekalan dan langkah mitigasi risiko.
“Dengan memanfaat pengalaman itu, kami bekerja rapat dengan pembekal dan memantau rapi perkembangan mengurangkan impak terhadap pengeluaran dan pelanggan kami.”
BACA >>> Toyota Paling Laris Dunia 2021, Jual Lebih 10.4j Unit, Kekal Atasi Volkswagen Group
BACA >>> Jualan Toyota Merosot Teruk, Tetapi Masih Nombor Satu di Indonesia
BACA >>> Toyota Camry 2.5V (2022) Facelift dengan Kuasa 206hp Kini di Malaysia, Harga RM199k
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta
Leave a Reply