• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Spesifikasi Honda City Hybrid Bocor di India, Bakal Perkenal Dua Varian

Spesifikasi Honda City Hybrid Bocor di India, Bakal Perkenal Dua Varian

April 14, 2022 By Shawkath Leave a Comment

7
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA Honda Cars India (Honda India) sedang bersiap sedia melancarkan City Hybrid, maklumat spesifikasi sedan hibrid itu kini bocor di Internet.

Maklumat bocor itu kerana sijil pengiktirafan kelulusan Kerajaan yang mendedahkan sedan itu secara rasmi akan dipanggil Honda City e:HEV i-MMD Generasi Kelima dan didatangkan dalam dua pilihan varian, V dan ZX.

BACA >>> Honda City Hatchback V-Sensing (2022) Kini di Malaysia, Harga RM91.7k!

Honda City hibrid di Malaysia dikenali sebagai RS e:HEV.

Varian premium, ZX diberikan pakej sistem bantuan pemandu Honda SENSING, terdiri daripada ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Mitigasi Perlanggaran, Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan ciri lain.

Secara visual, City e:HEV nampak seakan varian sport yang didatangkan gril radiator dan cermin sisi hitam dengan spoiler but dan aksen merah dalam kabin. Model itu sepatutnya dilancarkan beberapa bulan lalu tetapi ditangguhkan akibat krisis pandemik Covid-19.

BACA >>> Krisis Covid-19: Pengeluar Motosikal India Lanjut Tempoh Waranti, Servis Percuma

Dokumen bocor mendedahkan:

  • City Hybrid memiliki berat kasar antara 1,636kg (V), dan 1,655kg (ZX).
  • Dilengkapi pek bateri litium-ion 0.734kWh seberat 14.5kg.
  • Trenkuasa petrol 4-silinder (kitaran Atkinson) 1,498cc berkuasa 97hp @ 5,600-6,400rpm. Enjin petrol akan diaktifkan apabila mencapai halaju tertentu.
  • Perjalanan awal dipacu motor elektrik 80kW (107hp) dengan output kitaran maksimum 3,500rpm, manakala sistem motor itu menjadi pelengkap trenkuasa petrol apabila diperlukan.
  • Motor elektrik kedua berfungsi sebagai penghidup generator.

Di Malaysia, City versi hibrid diperkenalkan sebagai varian RS e:HEV, dilancarkan 10 Mac lalu pada harga kira-kira RM105,000 dan dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC dan dua motor hibrid, serta dilengkapi ciri Honda SENSING.

Apabila dilancarkan kelak, City Hybrid dijangka menjadi sedan paling efisien bahan api di India dengan mendapat saingan daripada Skoda Slavia.

BACA >>> Amerika Perkenal Honda HR-V (2023), Guna Platform Civic FE!
BACA >>> Selamat Datang Yoshimura, CEO Baharu Honda Malaysia!
BACA >>> Honda Buka Fasiliti Terowong Angin dengan Kos Lebih RM500j!

SUMBER: Motorbeam

Related

7
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Generasi Kelima Honda City e:HEV i-MMD, Honda Cars India, honda sensing, Roda4, Spesifikasi Honda City Hybrid India, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev