• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Staf KTMB Sudah Halang, Netizen Debat Punca Axia Kena Langgar Kereta Api

Staf KTMB Sudah Halang, Netizen Debat Punca Axia Kena Langgar Kereta Api

April 14, 2022 By Farah Leave a Comment

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU rakaman video kamera pemuka (dashcam) tular mengenai insiden kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) nyaris merempuh sebuah Perodua Axia dekat pintu masuk Johor Port, Pasir Gudang, semalam.

Dalam video itu, kereta api itu terlanggar bampar Axia hingga menyebabkan kereta putih itu beralih arah. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Insiden jarang berlaku itu berlaku kira-kira jam 9 pagi dan pantas mencuri tumpuan warga maya yang mempersoalkan siapa sepatutnya dipersalahkan. Ini kerana dalam klip video 40 saat itu kelihatan seorang staf KTMB yang sedang menjaga trafik, termasuk menghalang Axia tersebut bergerak laju.

Namun, mungkin disebabkan Axia terlalu laju dan jarak kereta api pula terlalu dekat menyebabkan perlanggaran itu tidak dapat dielakkan. Juga tidak diketahui sama ada pemandu Axia itu perasan kelibat kereta api, ataupun tidak bersabar hendak cepat, sekali gus membuatkan netizen memberi pelbagai respons.

Tak menyabor.. tinted pun VIP sangat mana nak alert keadaan sekeliling..," kata Mohd Nazri Salleh.

"Cuba nasib la tapi apa kan daya kena tonjol, padahal dah ada orang jaga suruh berenti tu degil juga nak jalan," kata Nor Idzuwan Mohammad.

"Apa keselamatan pun takda. Apa mahal sangat nak buat pagar. Paling kurang abang yang jaga tu peganglah papan tanda STOP," kata Shahrul Reza Kadir.

"Kalau ikutkan masa, sempat lagi reverse tu, tapi kenapa???!!! Hahahaha," kata Shahirah Wahid.

BACA>>> Pemandu Axia Maut Dilanggar Saga Selepas Buat Pusingan-U, Lawan Arus di Plaza Tol
BACA>>> NGERI!!! Pemandu Axia Berjalan dengan Badan Terbakar, Punca Masih Disiasat

Related

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, axia, axia dilanggar kereta api, Kereta Api, Kereta Api Langgar Axia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev