• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / D-Max Bantu Isuzu Catat Rekod Jualan Terbaik Sejak Beroperasi di Malaysia!

D-Max Bantu Isuzu Catat Rekod Jualan Terbaik Sejak Beroperasi di Malaysia!

April 13, 2022 By Farah Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEHADIRAN Isuzu D-Max generasi ketiga serba baharu mendapat tempat di hati pembeli Malaysia apabila mencatatkan jualan tertinggi di pasaran tempatan sepanjang Mac lalu, iaitu 1,233 unit pendaftaran.

Rekod itu mengatasi jualan bulanan tertinggi pernah dicapai Isuzu Malaysia sejak mula beroperasi di negara ini pada 2005.

Angka itu juga semakin meningkat berikutan peningkatan jumlah serahan kenderaan bagi memenuhi pesanan tertangguh sebelum ini. Malah, jumpah jualan itu juga mengatasi rekod Isuzu terdahulu, iaitu 885 unit terjual pada Disember 2014 selepas melancarkan varian 3.0L V-Cross yang sangat popular ketika itu.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo berkata, peningkatan serahan dari kilang membolehkan syarikat memendekkan tempoh menunggu pelanggan mendapatkan kenderaan baharu.

Sebagai jenama yang mementingkan pelanggan, dan faham pemilik kenderaan kami sangat bergantung kepada kenderaan Isuzu untuk selalu bersedia berkhidmat bagi segala urusan, keutamaan kami adalah meningkatkan bekalan bagi memenuhi permintaan yang juga semakin bertambah terhadap trak pikap pelbagai guna ini.

"Saya sangat berterima kasih kepada semua pelanggan yang sabar menunggu ketibaan D-Max terbaharu mereka. Kami akan terus meningkatkan bekalan bulan mendatang bagi mengurangkan tempoh menunggu."

DMAX PREMIUM 1.9L 4x4 AT
DMAX PREMIUM 1.9L 4x4 AT
D-MAX X-TERRAIN V-CROSS 3.0L 4X4 AT
D-MAX X-TERRAIN V-CROSS 3.0L 4X4 AT

Sepanjang bulan lalu (Mac 2022), varian paling banyak diserahkan ialah 1.9 Premium Auto (350 unit). Model itu popular di Malaysia kerana menawarkan banyak ciri trak pikap idaman dalam satu pakej, iaitu rekabentuk bergaya, prestasi pemanduan cemerlang, ciri dalaman premium dan cukai jalan terendah dalam segmen.

Selain itu, pemintaan terhadap varian perdana X-Terrain juga meningkat kepada 163 unit serahan. Varian tersebut sangat popular di peringkat global, tetapi masih berdepan masalah kekurangan bekalan.

BACA>>> Isuzu DMax (2022) Varian 4x2 Kini di Malaysia! Transmisi Automatik, Harga RM100k!
BACA>>> Isuzu Kekal Jenama Trak Nombor Satu Malaysia untuk Tahun ke-8 Berturut-Turut

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Isuzu, Isuzu D-Max, Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev