• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Tindakan untuk Warga Singapura Isi RON95, Cuma Pengusaha Stesen Minyak

Tiada Tindakan untuk Warga Singapura Isi RON95, Cuma Pengusaha Stesen Minyak

April 13, 2022 By Farah Leave a Comment

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIADA tindakan boleh dikenakan ke atas individu warga asing yang mengisi petrol jenis RON95, sebaliknya tindakan penguatkuasaan hanya boleh diambil terhadap pengusaha stesen minyak.

Kenyataan itu dijelaskan  Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berikutan tular isu warga Singpura dirakamkan mengisi RON95 untuk kenderaan mereka.

Mohd Hairul berkata, penting untuk pengusaha stesen mengambil langkah proaktif mengekang kegiatan itu kerana undang-undang berkaitan sudah dimaklumkan dengan jelas kepada mereka ketika mahu mendapatkan lesen perniagaan.

Tindakan hanya kepada pengusaha stesen minyak dan bukan pemilik kenderaan, jadi kita minta pengusaha lesen mematuhi peraturan yang sudah dikeluarkan dengan jelas," katanya.

Mohd Hairul turut meminta orang awam mengambil bukti bergambar jika ternampak warga Singapura mengisi petrol RON95, termasuk butiran lengkap seperti lokasi dan masa kejadian.

KPDNHEP Johor komited membanteras salah laku tersebut kerana RON95 adalah jenis petrol yang mendapat subsidi Kerajaan kepada semua warga Malaysia dan wajar dilindungi.

Terdahulu Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengingatkan mana-mana pengusaha stesen minyak yang didapati menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan asing akan berdepan tindakan tegas hingga denda RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun, manakala syarikat yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM2 juta.

BACA>>> #TahukahAnda: RON95 atau RON97, Mana Lebih Bagus, Apa yang Berbeza?
BACA>>> Kementerian Siasat Foto Tular Pemandu Singapura Isi Petrol RON95

SUMBER: Utusan

Related

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bahan api RON95, Johor Bahru, Petrol RON95, Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my