• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tanjung Malim Bakal Jadi Hab Teknologi Tinggi Automotif di Malaysia

Tanjung Malim Bakal Jadi Hab Teknologi Tinggi Automotif di Malaysia

April 13, 2022 By Farah Leave a Comment

765
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DRB-HICOM Berhad baru-baru ini melancarkan pelan pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (Automotive Hi-Tech Valley, AHTV) di Tanjung Malim, Perak yang dijangka merancakkan lagi industri automotif negara.

Pelan itu menumpukan sistem dan teknologi baharu dalam industri automotif global, iaitu elektrifikasi, kepintaran buatan (AI), teknologi autonomi dan konektiviti termaju. Pembangunan AHTV di Tanjung Malim dijangka mengubah daerah itu sebagai hab industri automotif pintar Asean.

Pelancaran pelan pembangunan AHTV itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Raja Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pegawai kerajaan lain.

Pembangunan AHTV bertujuan mengadaptasi perubahan landskap industri automotif Malaysia dengan menampilkan ekosistem bersepadu yang akan menjadi pemangkin dalam merangsang semula sektor automotif domestik selari hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP) 2020.

Pendidikan

AHTV bakal menubuhkan universiti penyelidikan untuk mengembangkan bakat dalam bidang automotif. Satu rangka kerja pendidikan bagi industri automotif akan digubal ke arah memupuk jurutera generasi baharu dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi Maklumat (IT), Rekabentuk, AI, Penyelesaian Mobiliti dan Pembangunan Perisian.

Peluang Pekerjaan

Pelan pembangunan dijangka menawarkan 370,000 peluang pekerjaan dan apabila Fasa 1 siap sepenuhnya, ia dijangka menambah lebih 160,000 peluang pekerjaan. Pada majlis sama, DRB-Hicom turut menandatangani satu lagi MOU bersama Geely Holding Group.

BACA>>> Pertandingan Rekabentuk Proton-DRB-HICOM Cabar Kreativiti Pelajar IPT
BACA>>> DRB-Hicom Perkenal Trak Komersial Baharu - Tata Super Ace dan Tata Ultra

Related

765
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AHTV, Auto Terkini, Automotive Hi-Tech Valley (AHTV), Dasar Automotif Negara (NAP), DRB-Hicom, DRB-Hicom Berhad, Lembah Teknologi Tinggi Automotif, tanjong malim

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev