YAMAHA Motor India melancarkan sportbike YZF-R15 V4 World GP 60th Anniversary sempena tribut ulang tahun ke-60 pembabitan pengeluar itu dalam perlumbaan Grand Prix (GP) dunia.
Varian R15 yang diberikan seragam edisi khas itu ialah R15M dengan harga 188,300 rupee (RM10,480), lebih mahal 2,000 rupee (RM111) berbanding harga asal R15M perak, 186,300 rupee (RM10,360).
BACA >>> Yamaha R15M, R25 World GP 60th Anniversary Edition Kini di Indonesia, Harga Mula RM12k
BACA >>> HLYM Lancar Yamaha Y15ZR (2022) dengan Warna Baharu, Harga Kini RM8.4k!
- Hadir dalam warna badan putih dan grafik blok merah dengan strip hitam pada fairing sisi. Panel fairing depan menerima aksen kuning, manakala atas tangki minyak diwarnakan merah, sama seperti madgad depan.
- Rim dan fork terbalik (USD) dalam warna emas, manakala tuil brek hitam dengan lencana khas pada tangki minyak.
- Aspek spesifikasi tidak berubah. Masih dijana enjin silinder tunggal 155cc VVA penyejukan cecair berkuasa 18.1hp dan tork 14.2Nm dengan kotak gear manual 6-kelajuan dan tambahan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) dan Quick Shifter.
- Teknologi lain diberikan ialah sistem kawalan traksi, panel meter digital dengan sambungan Bluetooth, dan dua mod tunggang, Track dan Street.
BACA >>> #BikinMotor: Inilah Yamaha Niken Versi Kustom Pertama di Dunia
BACA >>> Yamaha Bangunkan Prototaip Stereng Kuasa Elektrik (EPS) untuk Motosikal
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Cara Selamat Tunggang Motor Atas Permukaan Jalan Licin
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Pelumba Profesional Julur, Goyang Kaki di Selekoh?
SUMBER: BikeWale
Leave a Reply