• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Benarkan Rakyat Balik Kampung Beraya dengan SOP Ketat

Indonesia Benarkan Rakyat Balik Kampung Beraya dengan SOP Ketat

April 12, 2022 By Shawkath Leave a Comment

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDONESIA membenarkan penduduknya balik kampung (mudik lebaran) menjelang Hari Raya Aidilfitri 2022 dengan syarat perlu patuh peraturan ditetapkan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Terbaharu, Jakarta mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai kebenaran perjalanan sepanjang pandemik Covid-19.

BACA >>> Lelaki Pura-Pura Mati Sebab Nak Balik Kampung, Tak Nak Berkurung
BACA >>> #ApaNakBuat: 20 Tip Pantas Balik Kampung Beraya

Berikut SOP yang perlu dipatuhi:

  • Mereka yang pulang ke kampung menaiki kenderaan persendirian, atau bas bersama anak wajib mematuhi SOP kesihatan 3M.
  • Setiap pengembara perlu mengambil dos ketiga vaksin (booster) supaya dapat pulang ke kampung tanpa perlu melakukan ujian PCR dengan memaparkan keputusan antigen.
  • Pengembara yang sudah mendapat dua dos vaksin perlu menyerahkan keputusan (negatif) PCR dalam masa tiga hari sebelum berlepas ke kampung halaman. Juga boleh ambil ujian antigen dan menyerahkan keputusan (negatif) sehari sebelum memulakan perjalanan.
  • Penerima satu dos vaksin pula perlu memberikan keputusan ujian (negatif) tiga hari sebelum hari berlepas.
  • Pengembara dengan kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak perlu menyerahkan keputusan ujian PCR atau antigen anak mereka, tetapi perlu diiringi ibu bapa dengan patut syarat ditetapkan.

Dalam perjalanan pulang, setiap individu wajib patuh SOP kesihatan ketat seperti berikut:

  • Pakai pelitup muka tiga lapisan, sama ada jenis kain atau medikal yang menutup hidung, mulut dan dagu.
  • Tukar pelitup muka setiap 4 jam sekali, dan buang di tempat disediakan.
  • Kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau sanitasi tangan selepas menyentuh objek dipegang orang ramai.
  • Mengekalkan penjarakan fizikal 1.5 meter dari orang lain dan menjauhi himpunan ramai.

  • Tidak dibenarkan bercakap sama ada komunikasi sehala atau dua hala sesama pengembara dalam pengangkutan awam.
  • Dilarang minum dan makan kepada mereka yang melakukan perjalanan kurang dua jam, kecuali terpaksa mengambil ubat untuk sesuatu rawatan.
  • Pengembara perlu guna aplikasi PeduliLindungi.

BACA >>> Pasaran Motosikal Indonesia Paling Teruk Terjejas 2020, Honda Rugi 2 Juta
BACA >>> Kempen #BenderaPutih: Rakyat Malaysia Lancar Inisiatif Bantu Golongan Terkesan Covid-19
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta

SUMBER: Kompas

Related

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Balik Kampung, Hari Raya Aidilfitri 2022, Indonesia Mudik, PeduliLindungi, Prosedur Operasi Standard (SOP), Satgas Penanganan Covid-19 Nomor 16 Tahun 2022, SOP Covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev