• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kantoi Curang! Lelaki Dilanggar Viva Dinaiki Makwe Bersama Lelaki Lain

Kantoi Curang! Lelaki Dilanggar Viva Dinaiki Makwe Bersama Lelaki Lain

April 11, 2022 By Farah Leave a Comment

746
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki tidak menyangka kisah cintanya berakhir duka, dan terpaksa pula bertongkat kerana tulang kaki retak akibat digilis kenderaan dinaiki teman wanitanya bersama lelaki lain.

Kisah itu dikongsikan dalam akaun TikTok @Muhammad Ezalee yang kini tular di media sosial.

Dalam klip video itu, Ezalee yang bermotosikal cuba mengekori dan menghampiri sebuah Perodua Viva dinaiki teman wanitanya bersama lelaki lain. Dia yang terkejut melihat kelibat Ezalee enggan membuka pintu dan langsung tidak dipedulikan walaupun cermin kereta diketuk.

Tidak lama kemudian, Viva dipandu teman lelaki baharu itu bertindak melanggar Ezalee hingga menyebabkan kakinya digilis dan tulang retak. Bekas teman wanitanya itu kemudian membuka pintu dan memutuskan hubungan mereka.

Menurut Ezalee, teman wanitanya itu sudah beberapa kali curang, tetapi dia masih memaafkan. Sementara itu, netizen meninggalkan komen memberikan kata-kata semangat kepada Ezalee.

Tak berbaloi bang retak kaki kerana sampah. Biasa sampah ni duduknya kat tong sampah, OKlah tu dah ada mamat kutip. Teruskan hidup maju ke depan. Moga cepat sembuh," kata Izzara Ireen.

"Cari yang lain je lah ramai lagi wanita yang baik-baik untuk dijadikan isteri," kata Jamal Yusof.

BACA>>> Nekad Lompat Atas Kereta Dipandu Suami Bersama Kekasih Gelap
BACA>>> Lelaki Gegar Bini Kantoi Curang dengan Mat Bangla dalam Persona

Related

746
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Awek Kantoi Curang, kantoi curang, video viral tiktok, Viral, Viva

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my