FASA pertama MRT laluan Sungai Buloh - Semantan dengan perjalanan sejauh 21km sudahpun dibuka secara rasmi kepada orang awam mulai 16 Disember lalu.
Manakala fasa kedua sejauh 30km yang membabitkan laluan dari Semantan ke Kajang dijadual beroperasi sepenuhnya pada 31 Julai 2017.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan penggunaan MRT secara percuma selama sebulan mulai tarikh dibuka.
Bukan itu sahaja, Rapid Rail turut menawarkan perkhidmatan bas pengantara secara percuma sepanjang tempoh itu. Dalam erti lain, tambang akan mula dikenakan kepada orang ramai mulai 17 Januari 2017.
Yang pasti, orang ramai turut tidak ketinggalan mahu mencuba sendiri MRT baharu selain mengisi masa lapang bersama keluarga bersempena cuti sekolah.
PanduLaju juga tidak ketinggalan mahu mencuba dengan memulakan perjalanan dari stesen Semantan ke Sungai Buloh.
Setelah mengharungi perjalanan di 12 stesen di bermula Semantan ke Sungai Buloh, berikut adalah 10 sebab kenapa anda perlu mencuba MRT laluan baharu ini.
1. BEROPERASI SEAWAL 6 PAGI
Untuk memudahkan orang ramai, tren MRT mula beroperasi seawal 6 pagi dan berakhir pada tengah malam. Kekerapan tren pula adalah setiap 3.5 minit bagi waktu puncak dan 5 hingga 6 minit untuk waktu biasa.
2. STESEN LUAS & SELESA
Pertama kali menjejak kaki di stesen Semantan, saya akui cukup teruja. Ruang menunggu cukup selesa dengan dilengkapi tempat duduk lebih luas.
3. INFORMASI LENGKAP
Jika anda pertama kali menaiki MRT, jangan bimbang kerana pelbagai informasi disediakan sama ada menerusi kaunter pertanyaan mahupun papan tanda. Papan tanda juga jelas menunjukkan arah yang sepatutnya anda tujui.
4. FASILITI TERKINI
Berdasarkan pemerhatian saya, kesemua stesen MRT memiliki eskalator dan lif untuk kemudahan orang ramai menaiki tren.
5. TREN LEBIH SENYAP
Berbanding dengan LRT dan Komuter, tren MRT ini adalah lebih senyap dan selesa. Tren yang digunakan juga adalah ringan dan dibina dengan bahan-bahan yang sukar terbakar.
6. MAKLUMAT PERJALANAN DIGITAL
Untuk kemudahan penumpang, setiap tren dipadankan informasi perjalanan termasuklah stesen-stesen akan dilalui menerusi papan digital. Bukan itu saja, ia turut memaparkan bahagian pintu yang akan dibuka bagi setiap stesen dilalui.
7. MESRA OKU
Warga OKU turut tidak dilupakan. Setiap stesen memiliki parkir OKU selain bahagian dalam tren memiliki tempat duduk khas untuk penumpang OKU.
8. TREN LEBIH LUAS
Tahukah anda, tren MRT empat gerabak ini mampu memuatkan sehingga 1,200 penumpang pada satu masa sama.
9. KESELAMATAN DIUTAMAKAN
Untuk keselamatan penumpang, setiap stesen dilengkapi palang pintu di mana ia akan terbuka sendiri apabila pintu tren dibuka.
10. TREN LAJU
Bagi anda yang tidak ketahui, tren MRT yang baharu ini mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 100km. Manakala perjalanan dari Stesen Semantan ke Sungai Buloh hanya mengambil masa 30 minit. Lepas ini senang la nak pergi IKEA atau 1Utama jalan-jalan.
KESIMPULAN
Walaupun menghadapi beberapa masalah teknikal sepanjang menaiki tren MRT ini pada hujung minggu lalu, kami berharap agar ia dapat diatasi dengan segeradan tidak berpanjangan.
Buat penumpang yang menaiki tren MRT baharu ini, kami berharap anda dapat bersama-sama menjaga kemudahan disediakan.
Bagi anda yang berkesempatan, jom ramai-ramai naik dan merasai keselasaan MRT yang baharu ini. Masih percuma lagi sehingga 16 Januari 2017.
Orang Bandar Bertamadun says
Ramai orang masih tidak tahu beratur terutama orang orang jakun dan berkumpul di depan pintu tren menghalang orang yang hendak keluar tidak dapat berbuat demikian.
Jamal Fun says
komuter dh snyap..model dahulu je bising..sbb pintu dia xkedap...LRT je yg bising..