PENGELUAR motosikal China, Horwin sudah mengeksport model elektrik ke Brazil sejak tahun lalu. Kini, pengeluar itu memutuskan membuka kilang pemasangan di negara Amerika Selatan itu.
Fasiliti baharu itu akan didirikan di bandar Manaus dalam negeri Amazonas dengan kos perbelanjaan dilaporkan berjumlah 100 juta real (RM88.8 juta). Apabila siap kelak, fasiliti itu bakal memulakan projek menghasilkan model pemasangan tempatan (CKD).
BACA >>> Bateri Standard untuk Motosikal Elektrik Bakal Debut Tahun Ini
Horwin sudah berada di banyak pasaran luar dengan menjual lebih 800,000 unit motosikal elektrik, manakala pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) global berpangkalan di Austria.
Motosikal yang dihasilkan di kilang itu khabarnya akan menggunakan bateri prototaip litium-ion dengan kandungan niobium yang akan diperkenalkan selewat-lewatnya Jun ini.
BACA >>> Motosikal Elektrik Buatan India, Cyborg Bob-e Semurah RM5.3k!
Horwin CR6 dilengkapi trenkuasa elektrik 6,200W (8.3hp) akan menjadi motosikal elektrik pertama menggunakan bateri itu dengan jarak tunggangan maksimum 150km.
Bateri litium-ion dengan kandungan niobium dikatakan memberikan beberapa manfaat seperti pengecasan ultra-pantas (kurang 10 minit) dengan alat pengecas sesuai, tidak kerosakan akumulator dan menawarkan keselamatan lebih tinggi untuk pek bateri.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Horwin Brazil, Priscila Favero berkata, kos motosikal elektrik tidak berubah walaupun menggunakan bateri niobium. Harga anggaran seunit motosikal ialah R$43,000 (RM38,170).
BACA >>> Yamaha Bangunkan Prototaip Stereng Kuasa Elektrik (EPS) untuk Motosikal
BACA >>> Suzuki Pula Teroka Segmen Kereta Terbang, Versi Elektrik, Fokus Pasaran India
BACA >>> Skuter Elektrik Stilride SUS1 Guna Teknik Lipatan Kertas Origami
SUMBER: InsideEVS
Leave a Reply