• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aksi Lelaki Gelabah Kereta Muncul Ketika Melintas Bikin Netizen Terhibur

Aksi Lelaki Gelabah Kereta Muncul Ketika Melintas Bikin Netizen Terhibur

April 7, 2022 By Farah Leave a Comment

626
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKSI seorang lelaki hampir dilanggar sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan menjadi tular di media sosial gara-gara cara lariannya mengundang tawa netizen.

Insiden berlaku di bulatan Persiaran Kemajuan, Shah Alam, petang semalam ketika lelaki itu, dipercayai pekerja warga asing dikatakan mahu melawat tapak (site visit) di kawasan berdekatan.

@malaysianupdatenews Persiaran Kemajuan, Shah Alam. 😅 #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #NewsAtTikTok #malaysianupdate ♬ original sound - RANZ 29 - APLEH GAMING

Melihat klip video kamera pemuka (dashcam) itu, kereta perakam sedang melalui laluan bulatan dan hendak masuk ke simpang kiri. Kebetulan pula ada seorang lelaki sedang melintas hingga menyebab dia tidak keruan hendak ke kanan atau kiri. Bagaimanapun, lelaki tersebut akhirnya berpusing sebelum melarikan diri.

Video itu mengundang tawa netizen yang lucu melihat aksi cemas lelaki tersebut melarikan diri. Bagaimanapun, ada juga netizen mendakwa pemandu terlalu laju ketika melalui bulatan dengan halaju lebih 48kmj tanpa memberikan signal belok.

Apapun mujur tiada kemalangan berlaku. Jika difikirkan, sesiapa pun berada di tempat lelaki itu pasti akan gelabah kerana tiba-tiba muncul kereta yang seakan mahu melanggar dirinya. Pejalan kaki yang mahu melintas pun janganlah berlenggang kangkung pula hingga boleh menyusahkan kenderaan lain.

BACA>>> Denda Maksimum RM300 Jika Seberang Tidak Guna Jejantas, Lintasan Pejalan Kaki
BACA>>> Video Budak Lari Lintas Jalan Nyaris Dilanggar, Bapa Pula Tak Sedar Apa Berlaku

Related

626
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bulatan Jalan, dashcam video, Gelabah Melintas, lintas jalan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev