• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Buru Pemandu Persendirian Guna Lampu Strob, Berlagak Penguat Kuasa

Polis Buru Pemandu Persendirian Guna Lampu Strob, Berlagak Penguat Kuasa

April 7, 2022 By Shawkath Leave a Comment

832
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pemandu kenderaan persendirian yang menggunakan lampu strob.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM mendakwa sudah mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan yang didapati menggunakan lampu strob.

JSPT sentiasa memantau penggunaan lampu mata 'strobe light' pada kenderaan persendirian yang kerap kali menjadi rungutan pengguna jalan raya akan kelakuan mereka ini yang suka mengambil kesempatan dan berlagak seperti pegawai penguat kuasa.”

Menurut JSPT lagi, pemilik kenderaan yang mengubah suai dan menggunakan lampu strob pada kenderaan persendirian jelas melakukan kesalahan di bawah Peraturan 138, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59, iaitu mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau dipenjara. Dalam Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, hanya kenderaan tugasan kecemasan seperti polis, bomba, ambulans dan JPJ berhak mendapatkan laluan mengatasi kenderaan lain sama ada dengan cara membunyikan siren khas, loceng atau hon dua nada.

BACA >>> Polis: Rakam Video, Live Semasa Memandu Boleh Kena Denda, Naik Mahkamah, Masuk Jel
BACA >>> #TahukahAnda: Kemalangan 60kmj Tanpa Tali Keledar Ibarat Jatuh Bangunan 12 Tingkat!

Related

832
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Isu Pengguna Jalan Raya, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59, Lampu Strob, Peraturan 138, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev