• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kutipan Tol Tambak Johor, Tanjung Kupang Mula Esok

Kutipan Tol Tambak Johor, Tanjung Kupang Mula Esok

April 7, 2022 By Farah Leave a Comment

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TEMPOH pengecualian tol yang diberikan Kerajaan di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Linkedua) di Johor selama tujuh hari sejak 1 April lalu akan tamat esok.

Kenyataan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, operasi kutipan tol akan dilaksanakan seperti biasa bermula Jumaat ini dan pengguna dinasihatkan memastikan kad Touch 'n Go (TnG) dan aplikasi eWallet Touch 'n Go aktif serta memiliki baki mencukupi untuk menikmati perjalanan lancar.

BACA >>> CCTV Rakam Aksi Jijik Pemandu Singapura Kencing Merata di JB Sambil Goyang 'Anu'

Menurut kenyataan PLUS lagi;

Pelanggan lebuh raya yang menggunakan RFID (tag Identifikasi Frekuensi Radio) untuk sistem VEP (Permit Masuk Kenderaan) turut boleh mula menggunakan sistem tersebut di lorong RFID di Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang."

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan mengecualikan bayaran tol untuk semua jenis kenderaan selama tujuh hari di sempadan Malaysia-Singapura sempena pembukaan semula laluan darat kedua-dua negara.

Kepada pemandu Singapura yang mahu menambah nilai kad TnG di Johor, mereka boleh berbuat demikian di:

  • 8 pusat tambah nilai di lebuh raya Linkedua
  • Pusat tambah nilai di lokasi sekitar Tambak Johor
  • Stesen minyak dan kedai serbaneka 24 jam

Pelanggan lebuh raya diminta merancang perjalanan dengan memuat turun aplikasi PLUS yang boleh menghubungkan pelanggan terus ke talian PLUSLine 1800-88-0000 jika berlaku kecemasan. PLUS turut memaklumkan menempatkan 120 anggota PLUSRonda di jajaran lebuh raya Johor bagi memberi bantuan kepada pengguna memerlukan.

BACA>>> 7 Hari Tiada Bayaran Tol di Pintu Sempadan Malaysia-Singapura!
BACA>>> Polis Buru Pemandu Singapura Bawa Kereta Macam 'Pelesit'

SUMBER: Bernama

Related

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Kad Touch 'n Go, malaysi-singapura, plaza tol tambak johor, PLUS, PLUSRonda, RFID, Singapura, Tol PLUS Tambak Johor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev