• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ikat Skru Tidak Ikut Spesifikasi, Bugatti Panggil Balik Seunit Chiron di Amerika

Ikat Skru Tidak Ikut Spesifikasi, Bugatti Panggil Balik Seunit Chiron di Amerika

April 7, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA sesetengah kempen panggil balik (recall) dilakuakn untuk menyelesaikan masalah kenderaan serius yang mungkin menyebabkan kecederaan atau meragut nyawa pemandu dan penumpang.

Bagaimanapun, panggilan balik ini agak unik kerana tidak memberikan risiko serius dan hanya melibatkan satu unit Bugatti Chiron di Amerika Syarikat (AS).

BACA >>> Segala Tentang Panggil Balik (Recall) yang Perlu Anda Tahu

Agensi bawah Kerajaan, Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) menggesa sebuah Bugatti Chiron dipanggil balik selepas mengesan masalah skru longgar.

Model itu dihasilkan pada 16 November 2017 dan pemilik diminta bersedia kerana Bugatti sendiri akan menguruskan pengambilan hypercar tersebut untuk dibawa ke pengedar rasmi terdekat.

Menurut laporan, masalah itu dimaklumkan Bugatti sendiri kepada NHTSA yang menyatakan satu daripada dua skru yang memegang frem sokongan depan cuma diketatkan dengan daya tork 9Nm, sedangkan patut dibuat pada daya 19Nm.

Bugatti hanya menyedari isu itu pada 3 Mac lalu apabila spanar tork tidak memberi sebarang petunjuk mengenai masalah skru terjejas kerana tidak mencapai jumlah tork minimum.

Justeru siasatan dalaman menerusi analisis ‘pangkalan data sambungan skru’ untuk keseluruhan pengeluaran model Chiron memutuskan model terjejas perlu dipanggil balik pada 21 Mac lalu.

BACA >>> #TahukahAnda: Penyaman Udara Bugatti Chiron, Divo Mampu Sejukkan Pangsapuri
BACA >>> Ini Senarai Harga Kos Servis, Penyelenggaraan Bugatti Chiron Pur Sport...
BACA >>> Masalah Reflektor: Yamaha Panggil Balik 464,141 Unit Motosikal
BACA >>> Patutkah Risau Jika Kereta Dipanggil Balik (Recall)?

SUMBER: Motor1

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bugatti Chiron, Kempen Panggilan Balik, Panggil Balik, PENTADBIRAN Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my