HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan empat pilihan warna baharu dengan grafik badan istimewa untuk Y15ZR (2022), iaitu biru, cyan, kelabu dan hijau dengan varian kelabu didatangkan dalam rim merah, manakala model lain rim hitam.
Harga jualan asas RM8,498, naik RM330 berbanding harga Y15ZR versi dipertingkat (facelift) 2020.
BACA >>> HLYM Perkenal Yamaha Y15ZR dengan Warna, Grafik Baharu, Harga Kekal RM8.1k
Y15ZR edisi 2022 ini boleh dibeli menerusi rangkaian pengedar rasmi HLYM bermula minggu ini. Secara asas, aspek mekanikal masih sama tanpa sebarang perubahan. Berikut maklumat spesifikasi:
- Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 150cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 15.1hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm, manakala kotak gear klac manual 5-kelajuan.
- Menggunakan frem backbone dengan suspensi fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang.
- Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda.
- Dipasangkan rim 17 inci dengan saiz tayar 90/80 (depan) dan 120/70 (belakang).
- Tinggi pelana kekal 780mm, berat 11kg dan kapasiti tangki minyak 4.2 liter.
BACA >>> Yamaha Y16ZR VVA (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM10,888!
BACA >>> #Perbandingan: Yamaha 135LC Karburetor (2021) vs 135LC Fi (2022), Apa Berubah?
Leave a Reply