• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selamat Datang Yoshimura, CEO Baharu Honda Malaysia!

Selamat Datang Yoshimura, CEO Baharu Honda Malaysia!

April 6, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia sebentar tadi mengumumkan Hironobu Yoshimura sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) baharu menggantikan Madoka Chujo.

Mula menggalas tugas bermula 1 April 2022, Yoshimura memiliki pengalaman terkumpul kira-kira 34 tahun dalam bidang perancangan korporat, perancangan perniagaan, pemasaran dan servis selepas jualan.

Beliau juga menggalas beberapa tanggungjawab utama di beberapa negara seperti Jepun, Thailand dan Pakistan. Terdahulu, Yoshimura memegang jawatan Presiden dan CEO Honda Atlas Cars (Pakistan) Limited.

Saya gembira menerima jawatan baharu ini di Honda Malaysia. Negara unik dan pelbagai kaum ini amat penting di wilayah Asia dan Oseania untuk kami di Honda.

“Penyandang kami sudah membina jenama Honda hingga mencapai kejayaan seperti hari ini. Sebagai peneraju teknologi termaju Honda di rantau ini, melancarkan model dan mendahului segmen kenderaan penumpang bukan nasional selama beberapa tahun.

“Paling penting, Honda Malaysia berjaya mengharungi banyak cabaran selama beberapa tahun. Saya tidak sabar mengemudi syarikat dalam persekitaran perniagaan pasca pandemik dan menyumbang kepada pertumbuhan syarikat.”

Yoshimura berkata lagi, ada tiga model Honda menduduki ranking pertama dalam segmen masing-masing pada suku pertama tahun ini iaitu City, City Hatchback dan Civic.

CEO terdahulu, Chujo menyertai Honda Malaysia pada April 2021 dengan membantu Honda Malaysia meneruskan momentum sebagai pendahulu segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional. Antara model baharu dilancarkan di bawah pengurusannya ialah City Hatchback (Disember 2021) dan Civic (Januari 2022).

Chujo kini kembali ke Jepun untuk menggalas tugas baharu di Honda Motor Co dalam Unit Pemantauan Operasi Jualan Automotif di Jabatan Jualan.

BACA >>> Jualan Honda Malaysia Jatuh Teruk, Petanda Buruk Industri Automotif Negara?
BACA >>> Honda Malaysia Rai Unit Pengeluaran ke-1,000,000!
BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Yoshimura - Hilang di Jepun, Bangkit di Amerika [Siri 1]
BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Yoshimura - Bangkit di Jepun untuk Kembali ke Amerika [Siri 2]

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CEO Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, Honda Malaysia, Madoka Chujo, Pengarah Urusan Honda Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my