• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Teruk Dibelasah, Dirompak Geng Penyamun Bermotosikal di Setia Alam

Lelaki Teruk Dibelasah, Dirompak Geng Penyamun Bermotosikal di Setia Alam

April 6, 2022 By Farah Leave a Comment

508
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki berdepan detik ngeri dalam hidup apabila dikepung dan dibelasah sekumpulan penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang U13 Setia Alam, Shah Alam.

Insiden itu dilaporkan berlaku Ahad lalu pada kira-kira jam 4.30 pagi, tetapi video insiden itu baru saja tular di media sosial.

BACA >>> Pelanggan Samun, Tikam Pemandu e-Hailing Sudah Kena Tahan!
BACA >>> Awas Taktik Baru Perompak Bermotosikal! Tunjuk, Henti dan Samun

Dalam klip video itu, mangsa dibelasah bertubi-tubi, termasuk dihempuk helmet hingga terduduk sebelum ditinggalkan sendirian. Malah, motosikalnya juga dilarikan.

Polis kemudian mengesahkan insiden menimpa mangsa berusia 26 tahun itu adalah kes samun ketika dia sedang dalam perjalanan menghantar barang ke rumah rakan dan berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut. Selepas disamun, mangsa memaklumkan kepada isteri yang kemudian pergi membuat laporan polis.

Akibat dibelasah, mangsa yang bekerja sebagai pemandu peribadi, mengalami lebam bahagian mata dan pipi,  serta luka pada tangan kanan dan kiri. Mangsa juga kehilangan telefon bimbit Huawei Nova 4, dompet dengan dokumen penting, dan wang RM50, manakala motosikal mangsa dibawa lari.

Polis kini sedang memburu kumpulan penyamun bermotosikal tersebut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang ada maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Saiedayu di talian 03-5520 2222.

BACA>>> Awas Taktik Baru Perompak Bermotosikal! Tunjuk, Henti dan Samun
BACA>>> MELAMPAU! Rider Warga Emas Kena Samun Ketika Pitam

Related

508
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, lelaki disamun, Lelaki Kena Samun dan Belasah, Penyamun Bermotosikal, samun motosikal, sekumpulan motor samun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev